Showing posts with label Team Siput BBS. Show all posts
Showing posts with label Team Siput BBS. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

aku dan basikal...

Tahun 2013 dah hampir 2 bulan berlalu.... lama tak updet kat sini... kayuhan mingguan diteruskan mcm biasa... trail-trail yang menjadi pilihan pun mcm biasa jugak.. trail kedondong (Tmn Rimba Alam), Taman Cabaran Putrajaya (PCP) dan yang terbaru trail Wetland (trail jamboree Putrajaya). rakan-rakan kayuhan pun yang selalu jugak.. mereka-mereka yang sudi teman aku berkayuh pelan-pelan melayan trail... TQ all.. 

Btw.. bike dah Full setup... rasa mcm dah sempoi dah bagi aku... setup lani dah kira ok la utk kayuh pelan2...

Tuesday, October 2, 2012

UPM MTB FETE

Assalam semua pembaca sekalian... UPM MTB Fete telah tamat.. Jamboree yang menghidangkan pelbagai pengalaman suka dan duka... (mungkin lebih duka dari suka...). Apa pun...aku tak habis pun full trail.. give-up separuh jalan... badan dah tak leh blah dah... Ramai gak yg komen mcm2 kat FB, blog, dan lain2 media sosial... terpulanglah pada pendapat masing-masing... Bagi aku.. ukur baju di badan sendiri... kalau dah tau nak kayuh sejauh 45km offroad/onroad... bawaklah bekalan mencukupi... sediakanlah diri dengan persiapan secukupnya... byk komen ttg air yg tidak mencukupi... makanan tak cukup... aku tak leh nk komen byk.. sbb aku kayuh sampai cp3 dan sambung sampai habis trail offroad dalam ladang MARDI.

Monday, September 3, 2012

Beraya Di PCP

Sabtu, 1 September 2012, selepas sebulan lebih bercuti kayuh offroad... aku dan rakan2 Geng Siput BBS menerjah ke trail PCP. Seramai 8 org rider siput dan 4 org kawan2 riders yang muncul pada pagi tu untuk memecahkan lemak2 lemang dan ketupat yang semakin menebal.