Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

Huh?? Pasaipa aku hari ni???

Hari ni semacam ja.. macam banyak vitamin M jaa.... keja belambak nk kena buat.. hujung2 tahun ni mcm2 report nak kena siapkan. Rasa macam nak MC. Dada dok sakit... batuk tak hilang2.. ubat batuk dah setengah botoi... Kepala pun berat semacam. Yang dirumah dengan hal dirumah.. pening2.. Takdak masalah yang tak boleh selesai.. Btui dak?? mungkin... Insya Allah akan aku selesaikan masalah yang satu tu.. Rilex... apapun ENJOICE Life While u can...

p/s : Vitamin M - MALAS

Thursday, December 17, 2009

Dah abis satu part...

Hari ni dah selesai satu kerja yg dok bertungkus lumus selama 2-3 minggu ni. minggu lepas paling hectic. Kerja sampai malam... dari matahari terbit sampai matahari terbenam. Hari ini selesai dah penilaian benda yang dok pulun tu. Lega sket. Minggu depan akan mula cerita baru. Banyak perancangan dalam penelitian. Kerja takkan abih selagi nyawa tak abih. Jumpa lagi...

73 de jonzcy

Thursday, November 5, 2009

Dah dapat penempatan...

Aku dah dapat penempatan. Sekarang di Unit Perancang Ekonomi Negeri. Tapi masih tak dapat final lagi. Kalau ikutkan bos dia nak letak aku kat Unit Pembangunan. Tapi kalau ikutkan kekosongan perjawatan aku sepatutnya di unit R&D. Tapi apapun, aku redha....

Friday, October 30, 2009

Dah balik ke Penang...

Salam semua... aku dah balik ke penang. baru sampai tadi dalam jam 9.30 malam. pegi putrajaya ngan rakan yang sama² dapat pemangkuan n32. amik keta jabatan sekali ngan pilotnya.

Tapi.. aku sangka kena posting keluar... tapi.. tak kemana jugak... dok bawah bumbung tu jugak. Aku redha dengan kehendakNya... rezeki aku masih di situ.

Esok Lapor diri di Pejabat untuk post baru... bahagian mana? unit mana? kita tunggu esok....

Wednesday, October 28, 2009

Promotion....

Hari ni hari terakhir aku kat opis ni. Esok aku mula lapor diri di Putrajaya dan ambil surat penempatan. Dimana?? aku pun tak tau. Harap-harap dapat balik ke Penang. Insya Allah. Sedaq tak sedaq dah 7 tahun aku berkhidmat dengan Negeri Pulau Pinang. Selama 7 Tahun aku dah berkhidmat di 3 Unit yang berbeza dan tempat aku bertugas sekarang nih la yang paling lama. 5 Tahun. Macam-macam pengalaman aku dapat di sini. Dulu tugas aku banyak berinteraksi dengan orang awam. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan sedikit sebanyak membuka mata dan minda aku tentang perlakuan manusia.

Satlagi Jam 12tgh hari aku nak balik rumah siapkan barang2 nak bawa ke Putrajaya. Tadak apa pun cuma persalinan semasa berada disana.

Sekadar mengarut di pagi hari.. jumpa lagi.. cherios...73...