Showing posts with label joncy. Show all posts
Showing posts with label joncy. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

aku dan basikal...

Tahun 2013 dah hampir 2 bulan berlalu.... lama tak updet kat sini... kayuhan mingguan diteruskan mcm biasa... trail-trail yang menjadi pilihan pun mcm biasa jugak.. trail kedondong (Tmn Rimba Alam), Taman Cabaran Putrajaya (PCP) dan yang terbaru trail Wetland (trail jamboree Putrajaya). rakan-rakan kayuhan pun yang selalu jugak.. mereka-mereka yang sudi teman aku berkayuh pelan-pelan melayan trail... TQ all.. 

Btw.. bike dah Full setup... rasa mcm dah sempoi dah bagi aku... setup lani dah kira ok la utk kayuh pelan2...

Monday, July 16, 2012

Cuti kayuh utk sementara waktu...

Assalam... Buatmasa ni aktiviti kayuh hujung minggu ku dihentikan  dulu... Ini kerana Ramadan akan menjelma...Jumpa lagi di mana2 trail sekitar Putrajaya selepas Raya nanti.. Assalamualaikum...

Weeken Ride Review - Trail Kedondong @ Amra /Taman Rimba Alam P15

Assalam semua... ini posting tertangguh... kayuhan berlaku 2 minggu yang lalu... ceritanya macam ni...

Kayuhan hujung minggu aku kali ni aku menerjah trail kedondon a.k.a trail kuda di Taman Rimba Alam P15. Kayuhan kali ni disertai oleh Rasali Jaidi a.k.a RJSutan dan 4 orang lagi rakan2 beliau dari Gas Malaysia.  RV point di Restoren Haji Tapah. Kayuh bermula lebih kurang jam 9.00pagi.

Laluan kali ni bermula dari P.Diplomatik - P15- Taman Rimba Alam - Taman Canseri -  P.Diplomatik. Kayuhan agak santai. trail offroad sesuai utk kayuh tapi climbing mcm biasa.. byk menolak, dari mengayuh... tapi kali ni aku boleh kayuh di section yg sblm ni aku x leh kayuh.. adakah kerana hendelbar baru (rujuk post yg sblm ni) ?? heheheh .. dan kali ni aku tak jadi badang MTB..

Trail bermula dengan agak mendatar.. laluan tanah merah fast rolling.. syok layan boleh pump-pump.. tapi berhati2 sebab byk lopak dan lubang mendapan tanah dan alur air yg agak dalam.. trail kemudian diteruskan ke sebelah kiri dengan laluan menurun ( sebahagian dari laluan Jamboree Putrajaya pada Mac yang lalu) dan sampai ke laluan memanjat tinggi (Jamboree Putrajaya juga) tetapi tidak melaluinya.. sebaliknya laluan di sebelah kiri (juga memanjat) diambil. laluan ini juga boleh dinamakan Pencawang Climb sebab terdapat pencawang TNB dan tpt itu sesuai utk berehat sebentar selepas penat memanjat. Semua rider berjaya memanjat laluan ini.. Tahniah kepada semua.. hehehe..

seterusnya laluan memanjat lagi dijamukan kepada rider-rider...dari sini semuanya memanjat shj.. sehinggalah sampai ke kebun buah kedondong... sebelum sampai situ rider berehat sebentar di tgh laluan dimana terdapat kawasan mendatar dan sesi bergambar oleh sahabat dari Gas Malaysia.

Selepas taman kedondong.. kayuhan diteruskan dengan menurun sahaja.. sehinggalah bertemu laluan tarmac dan kembali ke muka trail. laluan mendatar tanah merah tadi dilalui sekali lagi.. sambil layan pumping.. heheh.. kali ni ada rider telah terpancit tayar belakang selepas melayan pumping dan lompat katak.. hehehe berhenti lagi.. utk tukaq tayaq sahabat tu.. selepas selesai kayuhan diteruskan kan melalui laluan jamboree putrajaya( kali ni reverse plak ke sebelah kanan; refer para 3 diatas) laluan mendatar.. trail leader dah pening sket.. laluan beberapa kali tersasar dari exit... kat sini juga terserempak sekawan wildboar... so kalau rider masuk sini berhati2 yaa..

selepas itu kayuhan diteruskan di laluan tarmac. trail seterusnya trail berkuda taman rimba alam. laluan offroad dah habis.. kat sini semuanya berturap. Laluan dimulakan dengan pemanjatan yang agak curam.. kat sini aku dah tak larat nak kayuh.. MTB ja sepanjang jalan... hehehe sampai ke tempat yg flat... lepak lagi kat sini.. selepas hilang penat.. kayuhan diteruskan melalui taman rimba alam.. kemudian melalui taman canceri dan tamat di Kedai Mamak Haji Tapah.

itu sahaja review ttg kayuhan pada kali ini... sekian...

p/s : Gambar² ehsan dari http://kayuhjele.blogspot.com/

















Thursday, June 7, 2012

Review Putrajaya Inter Park Ride 16

Assalam... PIPR 16 dah lama lepas.. nak review apa aa.... hermmm.. laluan kali ni bermula dari Taman Wetland.. dari situ rider-rider melalui laluan belakang wetland ke presint 11. ada sedikit offroad disitu... dari main road ke laluan perumahan presint 11. kemudian rider dibawa ke taman saujana melalui laluan jogging/basikal. disini kayuhan memanjat bermula. rider berjaya memanjat bukit saujana sampai puncak. kemudian laluan menurun sehinggalah ke laluan utama perumahan kembali. dari situ laluan diteruskan melalui presint 10 dan terus ke jambatan putra sebelum memasuki Taman Botani.

Di taman botani, riders berehat sat.. sambil pekena bekalan2.. kayuhan diteruskan melalui taman botani ke taman wetland. Kayuhan tamat di taman wetland.









Wednesday, September 22, 2010

Tempat baru, pengalaman baru...

Hari ni dah 3hari aku berada di tempat kerja baru. Dah seminggu aku kat putrajaya... Kerja mcm biasa... suasana kerja ok.. boss pun ok.. staff yg lain pun ok... cuma parking ja tk berapa ok.. agak sesak... kena mai awai kalau nak dapat paking...


MInggu lepas sbuk denga pindah. Barang-barang besaq semua dah ok tersusun kt tpt dia.. tinggai beberapa barang ja lagi nak kemas n bukak kotak... insya Allah dalam seminggu ni boleh sesesai kot mengemas rumah. Lepaih ni nk p cari tpt recycle.. nak juai kotak2 yang terpakai n dah tk leh pakai...

Sesi kayuhan belum bermula.. dah ada kontek di putrajaya yg bleh di ajak berkayuh..  member lama dari Kampus Uitm dulu pun ada gak yg aktif kayuh.... jika ada kelapangan nanti bleh kayuh ngan dia... berat bdn yg turun masa bulan posa, rasanya dah naik blk... nak kena kayuh kerap2 ni.. bagi turun balk n maintan berat n kecikkan peut...

oklah.. sampai sini dulu rambling dari aku.. sampai jumpa lagi... assalamualaikum.... n terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yg tadak isi ni....