Sabtu, 1 September 2012, selepas sebulan lebih bercuti kayuh offroad... aku dan rakan2 Geng Siput BBS menerjah ke trail PCP. Seramai 8 org rider siput dan 4 org kawan2 riders yang muncul pada pagi tu untuk memecahkan lemak2 lemang dan ketupat yang semakin menebal.
Ride kali ni bagi aku mmg pecah dada punya... semput abis.. lama sgt berehat... aku skip switchback rock garden yang pertama.. ciken loop terus naik ke pondok.. pastu switchback belakang pondok pun skip jugak... switchback trail tak benombor pun skip jugak... lepas tu terus ke pondok rehat yg seterusnya...trail ni ok lagi.. leh kayuh... sampai pondok. cuma tang climbing curam tu mcm biasa la.. MTB... hehehe... lepas lepak sat sambil bergambaq ( gambaq atas) kayuhan diteruskan melalui trail 7 layan switchback.. kendian masuk pump track.. layan seround jaa.. kendia terus naik ke pondok tepi trail Downhill... lepak2 kat situ.. sambil melayan geng GejaMaToBa melayan DH...
Bertemu dgn Abra kat pondok ni.. kat pondok ni riders mula membawa haluan masing-masing.. sebab ada tugasan lain yang perlu diselesaikan.. tinggal beberapa org sahaja... aku, rj, wan, abra n junior, dan kimz sahaja yg meneruskan kayuhan.. tu pun depa p layana trail dh tinggal aku n rj yg kemudian baru turun lepak ngan depa kat pumptrack...lepak lagi kat sini sambil melayan abra Junior melompat gap sambil di coaching oleh seorang rider downhiller yg sempoi...
kemudian kayuhan diteruskan ke tempat parking melalui trail biasa dan tamat sekitar jam 1.00tghari... aku terus balik kerana perlu memenuhi jemputan rumah terbuka. Rider yg lain meneruskan acara wajib.. iaitu carbo loading di kedai mamak... hehehe
sekian laporan Team Siput Beraya di PCP... terima kasih kerana membaca.. :)
No comments:
Post a Comment