Showing posts with label MTB. Show all posts
Showing posts with label MTB. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Basikal oh basikal...

Sekian lama laman blog ini bersawang di laman sesawang... heheheh... 

Ride review... trail review... dari pandangan seorang pengayuh marhaen yg lebih byk menolak basikal dari mengayuh basikal. 

Trail : Setia Alam... 
Jenis : Trail single 

Kayuhan bermula dari Setia Alam Eco Park. Rider yang terlibat.. Abra The Ghost Lector.. RJ the Pronghorn.. Shah The VicnieMat dan Raksasa Khayalan Baldu (gambar dibawah)

Monday, March 4, 2013

Tuesday, October 2, 2012

New protection...

Latest addition to my cycling gear... Mx goggle brand Grayfosh...


UPM MTB FETE

Assalam semua pembaca sekalian... UPM MTB Fete telah tamat.. Jamboree yang menghidangkan pelbagai pengalaman suka dan duka... (mungkin lebih duka dari suka...). Apa pun...aku tak habis pun full trail.. give-up separuh jalan... badan dah tak leh blah dah... Ramai gak yg komen mcm2 kat FB, blog, dan lain2 media sosial... terpulanglah pada pendapat masing-masing... Bagi aku.. ukur baju di badan sendiri... kalau dah tau nak kayuh sejauh 45km offroad/onroad... bawaklah bekalan mencukupi... sediakanlah diri dengan persiapan secukupnya... byk komen ttg air yg tidak mencukupi... makanan tak cukup... aku tak leh nk komen byk.. sbb aku kayuh sampai cp3 dan sambung sampai habis trail offroad dalam ladang MARDI.

Sunday, September 9, 2012

Kayuhan minggu ini...

Minggu ini kayahan adalah di trail kedondong (Taman Rimba Alam). Kali ini rider seramai 4 orang sahaja. Aku, zulsaturn, hazrul dan edi (kawan hazrul ). Rv point di kwedai mamak Haji Tapah, presint Diplomatik pada jam 7.30 pagi. Aku la yg last sekali sampai.. Hehehe.. Aku mulakan kayuhan dari rumah, amik shortcut tepi bgj PPJ lama terus ke Presint Diplomatik. Lepas minum ayaq secawan roti bakaq satu set, teloq setengah masak 2 bijik.... Kami mulakan kayuhan mengenal trail (bagi depa laaa :-))

Monday, September 3, 2012

Beraya Di PCP

Sabtu, 1 September 2012, selepas sebulan lebih bercuti kayuh offroad... aku dan rakan2 Geng Siput BBS menerjah ke trail PCP. Seramai 8 org rider siput dan 4 org kawan2 riders yang muncul pada pagi tu untuk memecahkan lemak2 lemang dan ketupat yang semakin menebal.


Monday, April 23, 2012

Cerita aku di Jamboree MTB Putrajaya


Setelah lama tak join jamboree, tanggal 21/4/2012 aku telah sertai jamboree mtb putrajaya. Itu pun sbb buat kt putrajaya. Hehehehehe... Pada mulanya.. Jamboree ni nampak kurang meyakinkan... Sebab tempoh iklan dgn hari kejadian agak singkat. Gembel aja... Bersama 5 org rider dari Team Siput BBS (3 org daftar official under Team Siput BBS) kami berkayuh di jamboree pertama putrajaya.

 goodies jamboree

rider-rider Team Siput BBS

Peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi (ada yg lagi awal mungkin... ) aku keluaq rumah jam 7 pagi... Hantaq hero p skolah dulu... Kendian terus ke tempat acara di Taman Wetland Putrajaya. Setibanya di tpt kejadian, dah ramai rider yg sedang menyiapkan kelengkapan dan peralatan. Aku dapat parking yg agak selesa. Terus keluarkan Raksasa Khayalan dan siapkan dia utk di tunggang. Periksa bekalan utk kali kedua (semalam dah siapkan awal2). Check kawan riders yg lain lokasi depa utk bagi plet utk kayuh. Selepas semua rider dah dpt plet.. Kami bergerak ke tpt permulaan. Masa tu rider yg lain dah ramai berkumpul. Sambil menunggu pelepasan... Acara sampingan utama diteruskan.. Iaitu acara bergambar. Kebetulan semasa do bergambaq.. Ada plak sekor siput kat celah pokok.. Dah jadi maskot plak.... Hehehehe...

maskot team siput

Acara bermula tpt jam 9pagi.. Melalui taman wetland... Masuk offroad berbatu kerikil ke taman botani... Laluan di taman botani pulak laluan tarmac sehingga ke taman alam rimba melalui jalan utama. Laluan di taman alam rimba beemula melalui laluna tarmac ug ditanda sbg laluan berkuda. Disini laluan mendaki bermula.. Pendakian yg agak mencabar... Tapi time ni aku masih mantain hehehe... Sampai lah laluan menurun (dh).. Tang ni pun tadak masalah lagi.. Selamba jaa turum dgn laju.... Tapi selepas abih dh... Ada climb blk agak curam.. Sepatutnya boleh climb dgn momentum masa dh tadi.. Malangnya.. Ada plak rider berhenti kat cerun tu... Aku x dpt nak elak... Terus brek... Klip plak x mau release.. Jatuh bodo kot tepi kiri... Masuk dlm longkang.... Kaki kiri kejang... Hampir2 black out... Nasib baik ada rider yg tolong.. TERIMA KASIH KEPADA YG MENOLONG... walaupun x kenal... Selepas recover energy (satu tiub hammer nutrition) aku teruskan kayuhan (menolak sebenaqnya hehehe...)

Selepas keluar dari laluan berkuda itu.. trail seterusnya dihidangkan dgn sedikit tarmac... dan laluan tanah merah.. disebabkan hujan yang turun pada hari malam harinya.. laluan tersebut agak lembut dan tayar dah jadi donut. Kat sini trail masih ok.. boleh kayuh... ada sedikit downhill.. layan jugak... tapi masa aku lalu tu... ada rider yg dah kemalangan... rider perempuan dari team Wilayah Kuala Lumpur.. ada medic dan bapak dia (Jakiko, ) disitu..  aku pass tru.. memandangkan aku pun dah terkebelakang agak jauh... kemudian trail dihidangkan dengan pendakian yg agak curam... masa aku di bawah, nampak ramai rider yg sedang menolak.. lepak sat ngan rider KNR Haitsan... sambil tgk rider2 bertungkus lumus melepasi pendakian... aku teruskan pendakian paling menyeksakan sebab trail dah lunyai dan licin... jgnkan nak kayuh.. nak tolak pun susah... sambil2 tu aku tolong satu brader yg mengalami rantai putus.. selepas tu tolong plak lagi satu rider yg mengalami rantai jatuh... aku dah semakin kebelakang... turun dari rimba alam... kembali ke laluan tarmac... menuju ke taman botani kembali... disini aku kayuh dengan beberapa rider lain termasuk rider yg rantai jatuh tadi...

Laluan dari taman botani diteruskan kembali ke laluan taman wetland. disini aku lagi sekali mengalami kekejangan... syukur aku bawa spray utk krem... mula krem di betis... kali ni krem pulak di pangkal peha... kedua2 belah kaki pulak... selepas rehat dalam 5 minit.. aku teruskan kayuhan.. dan pada masa ni aku rasa aku lah rider yg terakhir dalam jambore... Sepanjang kayuhan di wetland.. peha aku krem beberapa kali... apa bila sampai di laluan yang ditenggelami air aku teruskan kayuhan, walaupun peha dah bagi tanda2 nak krem lagi.. aku berjaya harungi 80% laluan air... selepas tu peha aku tak dapat lagi tahan.. krem lagi sekali.. kali ni tak bleh buat apa dah... peha krem dan kaki aku rasa terkunci dah tak bleh kayuh... aku lepaskan basikal... panggil resQ yg dok tunggu kat hujung ayaq.. TERIMA KASIH KEPADA PARA RESQ YG SELAMATKAN AKU.. aku diselamatkan dgn kayak... dan selepas itu.. tamatlah sudah kayuhan aku... aku dah tamau stress kaki aku.. bagi dia rehat laaa.. aku naik 4x4 ke penamat... huhuuh tapi.. dapat la jugak medal.... lepas tu acara cabutan bertuah.. kali ni berkat naik kayak n 4x4.. aku dapat jugak hadiah bertuah.. botoi ayaq XDS heheheh...

ni muka bateri dah abih... kaki dah jem... kremmmm....



raksasa khalayan dah terbaring...

medal dan hadiah bertuah...
 
Secara keseluruhan penganjuran jamboree aku bagi 7/10 ja.. kira ok laa.. sebab.. takdak marshal diletakkan di tempat2 yg berisiko... ramai yg aku denganq tak puas hati pasai ni... marshal yg naik moto pun ada kata depa tak tau trail dah tu depa pun tersangkut sbb trail dah licin...

ok.. itu sahaja review dan pengalaman aku berkayuh jamboree putrajaya... aku rasa.. buat masa ni no more jamboree for me.. sekian...

73,

jonz..

p/s : aku tak bawak kamera.. gambaq-gambaq dari fb kawan2 akan di uploadkan kemudian.. 

Wednesday, October 12, 2011

Sunday Weeken Ride

Lets ride this weeken... 

Venue : Putrajaya Challenge Park MTB Trail
Date : 16 Oktober 2011
Time : 8.30 - 9.00 PM (gathering time)

Wednesday, September 28, 2011

Coming Soon....

Salam all.. kembali ke alam blog... Giant anthem dalam proses dijual... ada beberapa buyer yg menunjukkan minat.. satu kompom nak amik tapi nak tgk bike dulu.. skang tgh tunggu buyer kompomkan tarikh utk tgk bike... lepas dah selesai.. leh start projek Raksasa Khayalan...


Detail ttg projek ni akan di updatekan dari masa kesemasa.. so stay tune...  :)



Friday, June 17, 2011

Aktiviti kayuhan...

Dah lama tak apdet blog.. hehehe..  byk aktiviti kayuh telah dibuat.. tapi tak review kat sini... gambaq pun tak byk amik.. nak tgk gambar boleh ke fb saya.. klik kat fb badge ditepi..  :)

Minggu ni planning nak kayuh kat kiara... ngan geng2 chatbox BBS... nanti akan diapdetkan dan direview kan trail kiara dari pandangan seorang rider yg slow.. heheheh jumpa lagi...


Detail Kiara ride :

kayuhan santai bukit kiara

Monday, March 21, 2011

MARIN MTB Hilang Di Skudai

PLS BEWARE

My Friend teammate lost his bike after it fell down from his roof rack yesterday morning at the route skudai to UTM...
His bike is Marin Juniper Trail with this spec...


1. Fox fork
2. Gruppo XT (newly upgraded)
3. Mavic Cross trail...



So pls beware if someone from skudai or JB offering this set...
I put up this photo of his bike before he upgraded to the listed above...



Pls call Kona @ Wan  at 013-7806780 or contact nearest police station


Thursday, February 10, 2011

kayuhan malam di bukit dinding..(nite riding mtb) (6)

kayuhan malam di bukit dinding..(nite riding mtb) (6): "meeting point di entrance bukit dinding kul 9pm.. kita akan naik ikut jalan biasa 2.5km mendaki sampai puncak pencawang..pastu lepak kat atas jap pastu turun tarmac sampai C/P 2 terus turun ikut offroad.. dalam 2km sampai ke tangki air AU3 keramat.. pastu bole la layan sup ekor kat bawah tu....
peralatan yang sangat penting adalah helmet dan lampu yang cukup terang.. lain2 klu nak bawa terpulang...
mood kayuhan : santai2 jer cos nak menikmati alam nature di waktu malam..
call no ni klu nak join Mazuan : 016 2328551
hasan : 012 2077254

jemputan khas kepada team2 yang ada kt area klang valley ni.. pujMAC,ET RIDERS, DUKECT, Tezibone, LEMBU,Cinta Kolestrol,Kayuhbeb,KNR dan banyak lagi la.. jom meramaikan kayuhan malam tu.."

Wednesday, February 9, 2011

PEKA MTB JAMBOREE 2011

PEKA MTB JAMBOREE 2011: "le tour de fraser hill 2....kini di laluan off road dan on road 26 MARCH 2011

lebih 50 hadiah bertuah disediakan termasuk hadiah utama TV LCD & basikal MTB

yuran penyertaan:
RM 50.00 seorang

utk peserta berdaftar kami sediakan.
T/Shirt (jersi basikal),sarapan,makan t/hari dan lail-lain cenderahati

tarikh tutup penyertaan.
10 march 2011

BORANG BOLEH DIDAPATI DI:

SYABAS KUALA KUBU BHARU @ SYABAS DI SEMUA DAERAH/WILAYAH
KEDAI BASIKAL PEKAN BTG.KALI
KEDAI BASIKAL LIGAMAS BTG.KALI
KEDAI BASIKAL ANTARA GAPI
KEDAI BASIKAL RAWANG MUTIARA

utk sebarang maklumat sila hubungi..

EN.MAT SAMAN BIN MAT SOM. H/P 012 316 2913
E-mail saman@syabas.com.my

EN.IZHAR ZAFIFI BIN RAZALI. H/P 012 273 3946"

Monday, January 24, 2011

kayuhan air terjun sofea jane, kemensah



Salam all.. lama aku tak berblogging ttg aktiviti berbasikal... lately aku kurang kayuh... hari ahad lepas aku dan beberapa rakan kayuhan menerjah ke air terjun sofea jane ( air terjun kubang gajah) kemensah offroad ride ngan Ash Burn n rakan². Kayuhan bermula lebih kurang jam 8.30 dari stesen minyak shell berhampiran zoo negara. kemudian regroup ngan pemandu arah dekat kg kemensah. lepak sambil amik gambaq sebelum mula kayuhan.

 sang raksasalagu baru kluaq dari kandang...

 fellow rider...

tok batin sedang check anak buah yg tak sampai lagi..





 rider sedang mendapatkan bekalan...
sahabat baru.. 

Setelah semua rider dah sampai... kayuhan bermula untuk menerjah air terjun sofea jane.... kayuhan tarmac sejauh entah beraka kilo... (raksasalagu tadak meter..) penat gak aku mengayuh... lama tak kayuh bukit yang curam-curam... hehehe.. hampir² nk MTB... tang ni aku kayuh sorang² ikut aku punya pace.. ramai yang dah sampai cp1 sblm laluan trail offroad bermula... kat sini lepak lama jugak sbb tunggu rider yang ada masalah teknikal sebab rd hanger patah... 








Selepas sesi bergambar ramai2.. kayuhan n tolakan offroad pun bemula.. hehehe.... trail clim yg agak panjang... sekali skala ada donhil pendek.. trail mendatar... paihtu climb lagi.. dan claimb lagi.. dan lagi.. dan lagi... hehehe... layan....





*tak byk gambaq... sbb kameraman termengah² mintak nyawa....*
paih tu dah sampai ke air terjun sofea jane... lepak² sambil berendam n pekena nasik lemak yg dibawa untuk bekalan....










Selepas penat layan climb n donhill.. kayuhan di akhiri ngan sesi minum.. kat kedai kopi... semua rider selamat sampai keluar dari trail dengan selamat n bertolak balik kedestinasi masing-masing.. 





Next ride mungkin ke Hutan Lipur Sg, Sendat Ulu Yam... ataupun Broga... apa pun tunggu kata putuih tok batin hehehee jgn marah Bg. Mat... :)


Tuesday, December 21, 2010

Putrajaya Cycle Hunt


Pagi Ahad 19 Disember 2010 aku bersama Airell BBS dan para cyclist Putrajaya dan kawasan sekitar telah mengjoinkan diri di Putrajaya cycle Hunt.

Acara bermula dlm kul 8.30 pagi. Nasib baik partner arif dgn tpt di putrajaya.. So dia dah marking tpt n route nak kayuh..

First check point yg kami p PICC. Dari starting kami ikut laluan tepi tasik ke PICC.. Sampai kt jambatan.. Kena tanggung basikal naik ataih utk ke PICC.. Mmg best.. Check point pertama kena task kira tiang bendera. Lepas tu p ke next CP kt taman Equine Putrajjaya. Kat situ just check in. Next terus berkayuh ke Pusat Maritim utk check in kt CP. Lepas tu kayuh lagi ikut laluan ke jambatan wawasan..

Then lalu tepi monorel terus ke monumen yg mcm roket tu.. Utk task yg seterusnya... Lepas selesai task.. Kayuh lagi ke next CP di masjid besi.. Selepas masjid besi.. Kayuh ke CP di atas bukit di taman Putra Perdana.. Mencungap jgk la climb bkt tu... Alhamdulillah aku berjaya climb sampai ataih tanpa Mai Tolak BaSikal... Selesai tugasan aku n partner terus ke next CP di Taman botani. Kat situ ada lagi tugasan.. Agak mudah.. dapat selesai ngan cepat n terus ke next cp.. Kali ni kayuh santai di dalam taman botani utk ke wetland. CP wetland no task just check in.. Then kayuh ke Taman warisan pertanian... Utk task seterusnya.. Settle kt situ teruih ke next CP berhampiran wisma putra... Selesai kt situ teruih kayuh blk ke tpt penamat ikut laluan tepi tasik... Partner injured sebaik sampai penamat.. Kaki kejang... Event di tamatkan di tpt ke 10.. Buleh gak la hadiah saguhati.. Btw total kami kayuh adala dlm 30km+++...

Overall.. Mmg best.... Next kayuh event Interpark Ride New Year Ride... C u all there.. Cheriooosss... 73 n 88...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 16, 2010

Sunday Ride.. Roti Canai Ride...

Salam all... apa cer? kita cer pasai beskat lagi... setelah sekian lama aku tak berkayuh disebabkan kena bertugas sebagai abah n mama sepenuh masa akhirnya dapat gak aku berkayuh melepaskan endorphin aku nih... laluan biasa keliling presint 14. Kali ni dapat 3 round. Round pertama masuk ke bukit padang bola... lama tak naik bukit tinggi mcm tu.. walaupun pendek ja laluan dia.. tapi mintak nyawa jgk la nak sampai ataih... round 2 aku ikut laluan trek basikal ja.. tak menyimpang ke mana2... then round 3 aku kona masuk ke presint diplomatik... singgah kedai mamak Haji Tapah beli roti canai utk brekfes... thats all for the sunday ride roti canai ride aku... hujung minggu ni mungkin aku nak cari kawan p PCP kot.. lama tk masuk offroad.. dulu masa kat penang tiap2 minggu masuk hutan... kalau tk bukit gambiaq... bukit kapet... hajat nak try trek manggis rider ngan sifu manan blom kesampaian... awai bln 12 nak blk penang... any rider nak join ride nanti buzz me... till then.. wassalam...

73 de joncheya...




Friday, November 12, 2010

Coming Soon : Raksasa Lagu 3 kupang...

Salam all my fren.. lama tak rant kat sini... bz ngan kerja dan keluarga.. sejak dok kat putrajaya ni rutin hidup sedikit sebanyak dah berubah... kadang-kadang kena jadik bapak tunggal sebab mem kena outstation. Berbalik kepada tajuk diatas.. hehehe akan datang Raksasa Lagu 3 ( Giant Anthem 3) bakal menjadi tunggangan aku utk aktiviti berbasikal Offroad. Kenapa nama raksasa lagu 3? Yang tu kena tanya Pokcik Google. Dia yang bagi nama tu. Apapun setelah menabung sekian lama.. dapat juga aku memiliki sebuah basikal fullsus.. huhuhu.. Bianchi akan menjadi tunggangan utk kayuhan biasa dijalanan....

sampai jumpa lagi di lain kali...
wassalam...
 

Saturday, September 4, 2010

Ramadan Night Ride...

Malam ni geng kayuh aku ajak kayuh... meybe last ride ngan depa sebelum aku pi putrajaya. aku mula kayuh dari rumah di air itam, teruih ke rumah tok penghulu (art samat) di Bukit jambul. aku amik route jln masjid negeri - gelugor - sg dua - bukit jambul. sampai rumah art lepak sat amik angin... ayaq dalam perut dah kluaq balik. hehehehe... lepas dah ok, mula kayuh dari rumah art teruih ke queensbay. lepak sana lama gak sambil ambil angin. then kayuh blk rumah art n  load beskal ataih Unser dia, p sahur kat Kapitan, Chulia Street. dapat la dalam 18KM malam ni... dah lama tak kayuh sejak mula posa sampai la malam tadi... detail ttg ride leh tgk kat data kat bawah...

jumpa lagi... 73, de jonzcy

Wednesday, August 4, 2010

NTMTBA'10 Jamboree After Effect...

(aku no 3 dari kanan)

Dah 3 hari berlalu kayuhan NTMTBA'10 tapi badan aku masih dok sakit lagi... aduih.... tapi ride tu mmg sempoi... mencabar fizikal dan mental dengan trek yang agak sukar bagi newbie mcm aku ni... first climb dah sesak ngan rider2 yg nak naik bukit... gambaq akan menyusul kemudian.. nk kena carik kat FB... hehehe 


Walaupun tak dapat medal tapi aku puaih kayuh naik bukit turun bukit... masuk lumpuq... semua ada.. dalam dok kayuh kat dalam kg ada org kg dok sedekah buah moktan... dapat la sambaq 2-3 biji sambil dok kayuh tu... Nasib baik kayuh kali ni aku tak muntah mcm kayuhan2 yg lain... kali ni bawak bekai ayaq 2 botoi... satu ayaq kosong satu ayaq bancuhan SUNTONIC ngan gel HAMMER.. 


Jamboree ni mmg sempoi. Pengurusan yg agak cekap. Acara mula ontime. Cuma Sesi bagi hadiah ja lambat sket mula. Secara keseluruhan semuanya ok.


Jamboree ni jugak menemukan beberapa rakan dari zaman skolah. Chik, Pau, n gang... Art (krew 3G)... lepaih nih mungkin boleh join depa kayuh.


Apa pun kayuh selagi boleh kayuh... kita jumpa next event kayuhan di :



(nak kena cari tayar road/slick nih...)

73 from jonzcy...

Monday, June 28, 2010

Batu Kawan Mini Jamboree...

Sabtu 26 jun 2010... Ride di jamboree mini Batu Kawan. Program bersama belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan. Satu ride yang agak sempoi... Walaupun ada sedikit kemalangan kecil. Ride agak mencabar bagi mendaki yang mana 99% MTB (mai tolak basikal). Kayuh sikit saja.. bukit yg agak curam... kalau p ride 10 kali lagi mungkin boleh kayuh sampai ataih... Downhill pun mencabar bagi noobie mcm aku nih... single track yg penuh dengan batu dan akar kayu... silap gaya tersungkur... tapi ride ni mmg best... insya Allah. next jamboree Nibong Tebal MTB Darjah2 pada 1 Ogos 2010 nanti... Jumpa disana...

Bersedia untuk ke starting grid...


Singgah check dulu ok ka tak ok nak kayuh...

Starting grid...

Sebelum mula downhill...



Menuju ke penamat....