Showing posts with label basikal gunung. Show all posts
Showing posts with label basikal gunung. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Basikal oh basikal...

Sekian lama laman blog ini bersawang di laman sesawang... heheheh... 

Ride review... trail review... dari pandangan seorang pengayuh marhaen yg lebih byk menolak basikal dari mengayuh basikal. 

Trail : Setia Alam... 
Jenis : Trail single 

Kayuhan bermula dari Setia Alam Eco Park. Rider yang terlibat.. Abra The Ghost Lector.. RJ the Pronghorn.. Shah The VicnieMat dan Raksasa Khayalan Baldu (gambar dibawah)

Wednesday, February 27, 2013

SOLD : mavic xm317 disc mtb wheelset

THIS ITEM HAS BEEN SOLD.

wheelset
rim : mavic xm317 disc
hub : shimano m475 6bolts
spoke : stainless steel black coat color with brass nipple


http://bicyclebuysell.com/view_item.php?id=185622


SOLD... Stem RElic Armor

THIS ITEM HAS BEEN SOLD.

ARMOR
DH/FR/4X/DJ stem
Super low profile low down your gravity center and flippable design with six M6 screws keep weight and strength in balance.

Gambar dari laman web http://www.relicmtb.com/armor.html
gambar sebenar akan di upload kemudian... 

aku dan basikal...

Tahun 2013 dah hampir 2 bulan berlalu.... lama tak updet kat sini... kayuhan mingguan diteruskan mcm biasa... trail-trail yang menjadi pilihan pun mcm biasa jugak.. trail kedondong (Tmn Rimba Alam), Taman Cabaran Putrajaya (PCP) dan yang terbaru trail Wetland (trail jamboree Putrajaya). rakan-rakan kayuhan pun yang selalu jugak.. mereka-mereka yang sudi teman aku berkayuh pelan-pelan melayan trail... TQ all.. 

Btw.. bike dah Full setup... rasa mcm dah sempoi dah bagi aku... setup lani dah kira ok la utk kayuh pelan2...

Monday, July 16, 2012

Putrajaya MTB Festival



Utk keterangan lanjut sila KLIK XGAdventure

Cuti kayuh utk sementara waktu...

Assalam... Buatmasa ni aktiviti kayuh hujung minggu ku dihentikan  dulu... Ini kerana Ramadan akan menjelma...Jumpa lagi di mana2 trail sekitar Putrajaya selepas Raya nanti.. Assalamualaikum...

Weeken Ride Review - Trail Kedondong @ Amra /Taman Rimba Alam P15

Assalam semua... ini posting tertangguh... kayuhan berlaku 2 minggu yang lalu... ceritanya macam ni...

Kayuhan hujung minggu aku kali ni aku menerjah trail kedondon a.k.a trail kuda di Taman Rimba Alam P15. Kayuhan kali ni disertai oleh Rasali Jaidi a.k.a RJSutan dan 4 orang lagi rakan2 beliau dari Gas Malaysia.  RV point di Restoren Haji Tapah. Kayuh bermula lebih kurang jam 9.00pagi.

Laluan kali ni bermula dari P.Diplomatik - P15- Taman Rimba Alam - Taman Canseri -  P.Diplomatik. Kayuhan agak santai. trail offroad sesuai utk kayuh tapi climbing mcm biasa.. byk menolak, dari mengayuh... tapi kali ni aku boleh kayuh di section yg sblm ni aku x leh kayuh.. adakah kerana hendelbar baru (rujuk post yg sblm ni) ?? heheheh .. dan kali ni aku tak jadi badang MTB..

Trail bermula dengan agak mendatar.. laluan tanah merah fast rolling.. syok layan boleh pump-pump.. tapi berhati2 sebab byk lopak dan lubang mendapan tanah dan alur air yg agak dalam.. trail kemudian diteruskan ke sebelah kiri dengan laluan menurun ( sebahagian dari laluan Jamboree Putrajaya pada Mac yang lalu) dan sampai ke laluan memanjat tinggi (Jamboree Putrajaya juga) tetapi tidak melaluinya.. sebaliknya laluan di sebelah kiri (juga memanjat) diambil. laluan ini juga boleh dinamakan Pencawang Climb sebab terdapat pencawang TNB dan tpt itu sesuai utk berehat sebentar selepas penat memanjat. Semua rider berjaya memanjat laluan ini.. Tahniah kepada semua.. hehehe..

seterusnya laluan memanjat lagi dijamukan kepada rider-rider...dari sini semuanya memanjat shj.. sehinggalah sampai ke kebun buah kedondong... sebelum sampai situ rider berehat sebentar di tgh laluan dimana terdapat kawasan mendatar dan sesi bergambar oleh sahabat dari Gas Malaysia.

Selepas taman kedondong.. kayuhan diteruskan dengan menurun sahaja.. sehinggalah bertemu laluan tarmac dan kembali ke muka trail. laluan mendatar tanah merah tadi dilalui sekali lagi.. sambil layan pumping.. heheh.. kali ni ada rider telah terpancit tayar belakang selepas melayan pumping dan lompat katak.. hehehe berhenti lagi.. utk tukaq tayaq sahabat tu.. selepas selesai kayuhan diteruskan kan melalui laluan jamboree putrajaya( kali ni reverse plak ke sebelah kanan; refer para 3 diatas) laluan mendatar.. trail leader dah pening sket.. laluan beberapa kali tersasar dari exit... kat sini juga terserempak sekawan wildboar... so kalau rider masuk sini berhati2 yaa..

selepas itu kayuhan diteruskan di laluan tarmac. trail seterusnya trail berkuda taman rimba alam. laluan offroad dah habis.. kat sini semuanya berturap. Laluan dimulakan dengan pemanjatan yang agak curam.. kat sini aku dah tak larat nak kayuh.. MTB ja sepanjang jalan... hehehe sampai ke tempat yg flat... lepak lagi kat sini.. selepas hilang penat.. kayuhan diteruskan melalui taman rimba alam.. kemudian melalui taman canceri dan tamat di Kedai Mamak Haji Tapah.

itu sahaja review ttg kayuhan pada kali ini... sekian...

p/s : Gambar² ehsan dari http://kayuhjele.blogspot.com/

















UPM MTB Fete


Tarikh Kayuhan: 
Ahad, 30 September 2012
 
Lokasi: 
Putra Bike Center, Pintu 5, UPM Serdang
 
Jarak Kayuhan:
45km (UPM & Mardi)
 
Profile Trek: 
 
Laluan gravel
Padang Ragut
Laluan Kelapa Sawit
Ladang Pokok Pine
Single Trek
(Trek akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Untuk maklumat lanjut sila klik sini

Jumpa di sana nanti.. :)



Monday, April 23, 2012

Cerita aku di Jamboree MTB Putrajaya


Setelah lama tak join jamboree, tanggal 21/4/2012 aku telah sertai jamboree mtb putrajaya. Itu pun sbb buat kt putrajaya. Hehehehehe... Pada mulanya.. Jamboree ni nampak kurang meyakinkan... Sebab tempoh iklan dgn hari kejadian agak singkat. Gembel aja... Bersama 5 org rider dari Team Siput BBS (3 org daftar official under Team Siput BBS) kami berkayuh di jamboree pertama putrajaya.

 goodies jamboree

rider-rider Team Siput BBS

Peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi (ada yg lagi awal mungkin... ) aku keluaq rumah jam 7 pagi... Hantaq hero p skolah dulu... Kendian terus ke tempat acara di Taman Wetland Putrajaya. Setibanya di tpt kejadian, dah ramai rider yg sedang menyiapkan kelengkapan dan peralatan. Aku dapat parking yg agak selesa. Terus keluarkan Raksasa Khayalan dan siapkan dia utk di tunggang. Periksa bekalan utk kali kedua (semalam dah siapkan awal2). Check kawan riders yg lain lokasi depa utk bagi plet utk kayuh. Selepas semua rider dah dpt plet.. Kami bergerak ke tpt permulaan. Masa tu rider yg lain dah ramai berkumpul. Sambil menunggu pelepasan... Acara sampingan utama diteruskan.. Iaitu acara bergambar. Kebetulan semasa do bergambaq.. Ada plak sekor siput kat celah pokok.. Dah jadi maskot plak.... Hehehehe...

maskot team siput

Acara bermula tpt jam 9pagi.. Melalui taman wetland... Masuk offroad berbatu kerikil ke taman botani... Laluan di taman botani pulak laluan tarmac sehingga ke taman alam rimba melalui jalan utama. Laluan di taman alam rimba beemula melalui laluna tarmac ug ditanda sbg laluan berkuda. Disini laluan mendaki bermula.. Pendakian yg agak mencabar... Tapi time ni aku masih mantain hehehe... Sampai lah laluan menurun (dh).. Tang ni pun tadak masalah lagi.. Selamba jaa turum dgn laju.... Tapi selepas abih dh... Ada climb blk agak curam.. Sepatutnya boleh climb dgn momentum masa dh tadi.. Malangnya.. Ada plak rider berhenti kat cerun tu... Aku x dpt nak elak... Terus brek... Klip plak x mau release.. Jatuh bodo kot tepi kiri... Masuk dlm longkang.... Kaki kiri kejang... Hampir2 black out... Nasib baik ada rider yg tolong.. TERIMA KASIH KEPADA YG MENOLONG... walaupun x kenal... Selepas recover energy (satu tiub hammer nutrition) aku teruskan kayuhan (menolak sebenaqnya hehehe...)

Selepas keluar dari laluan berkuda itu.. trail seterusnya dihidangkan dgn sedikit tarmac... dan laluan tanah merah.. disebabkan hujan yang turun pada hari malam harinya.. laluan tersebut agak lembut dan tayar dah jadi donut. Kat sini trail masih ok.. boleh kayuh... ada sedikit downhill.. layan jugak... tapi masa aku lalu tu... ada rider yg dah kemalangan... rider perempuan dari team Wilayah Kuala Lumpur.. ada medic dan bapak dia (Jakiko, ) disitu..  aku pass tru.. memandangkan aku pun dah terkebelakang agak jauh... kemudian trail dihidangkan dengan pendakian yg agak curam... masa aku di bawah, nampak ramai rider yg sedang menolak.. lepak sat ngan rider KNR Haitsan... sambil tgk rider2 bertungkus lumus melepasi pendakian... aku teruskan pendakian paling menyeksakan sebab trail dah lunyai dan licin... jgnkan nak kayuh.. nak tolak pun susah... sambil2 tu aku tolong satu brader yg mengalami rantai putus.. selepas tu tolong plak lagi satu rider yg mengalami rantai jatuh... aku dah semakin kebelakang... turun dari rimba alam... kembali ke laluan tarmac... menuju ke taman botani kembali... disini aku kayuh dengan beberapa rider lain termasuk rider yg rantai jatuh tadi...

Laluan dari taman botani diteruskan kembali ke laluan taman wetland. disini aku lagi sekali mengalami kekejangan... syukur aku bawa spray utk krem... mula krem di betis... kali ni krem pulak di pangkal peha... kedua2 belah kaki pulak... selepas rehat dalam 5 minit.. aku teruskan kayuhan.. dan pada masa ni aku rasa aku lah rider yg terakhir dalam jambore... Sepanjang kayuhan di wetland.. peha aku krem beberapa kali... apa bila sampai di laluan yang ditenggelami air aku teruskan kayuhan, walaupun peha dah bagi tanda2 nak krem lagi.. aku berjaya harungi 80% laluan air... selepas tu peha aku tak dapat lagi tahan.. krem lagi sekali.. kali ni tak bleh buat apa dah... peha krem dan kaki aku rasa terkunci dah tak bleh kayuh... aku lepaskan basikal... panggil resQ yg dok tunggu kat hujung ayaq.. TERIMA KASIH KEPADA PARA RESQ YG SELAMATKAN AKU.. aku diselamatkan dgn kayak... dan selepas itu.. tamatlah sudah kayuhan aku... aku dah tamau stress kaki aku.. bagi dia rehat laaa.. aku naik 4x4 ke penamat... huhuuh tapi.. dapat la jugak medal.... lepas tu acara cabutan bertuah.. kali ni berkat naik kayak n 4x4.. aku dapat jugak hadiah bertuah.. botoi ayaq XDS heheheh...

ni muka bateri dah abih... kaki dah jem... kremmmm....



raksasa khalayan dah terbaring...

medal dan hadiah bertuah...
 
Secara keseluruhan penganjuran jamboree aku bagi 7/10 ja.. kira ok laa.. sebab.. takdak marshal diletakkan di tempat2 yg berisiko... ramai yg aku denganq tak puas hati pasai ni... marshal yg naik moto pun ada kata depa tak tau trail dah tu depa pun tersangkut sbb trail dah licin...

ok.. itu sahaja review dan pengalaman aku berkayuh jamboree putrajaya... aku rasa.. buat masa ni no more jamboree for me.. sekian...

73,

jonz..

p/s : aku tak bawak kamera.. gambaq-gambaq dari fb kawan2 akan di uploadkan kemudian.. 

Friday, June 17, 2011

Aktiviti kayuhan...

Dah lama tak apdet blog.. hehehe..  byk aktiviti kayuh telah dibuat.. tapi tak review kat sini... gambaq pun tak byk amik.. nak tgk gambar boleh ke fb saya.. klik kat fb badge ditepi..  :)

Minggu ni planning nak kayuh kat kiara... ngan geng2 chatbox BBS... nanti akan diapdetkan dan direview kan trail kiara dari pandangan seorang rider yg slow.. heheheh jumpa lagi...


Detail Kiara ride :

kayuhan santai bukit kiara

Wednesday, February 9, 2011

Putrajaya Cycling For Health Unofficial Monthly Ride

Putrajaya Cycling For Health Unofficial Monthly Ride: "Venue: Parking Area , Kompleks Kementerian Kesihatan, Parcel E, Putrajaya. ( Nearby Alamanda)
Meeting Time: 8.30pm
Rolling Time: 9.00pm
Auto Cancel: If heavy rain until 9.30pm
Route : KKP2010 ++ or - -
Speed Limit : 20kmh
Max Distance : 60km
Min Distance: 35km
Checpoint : 1. Kementerian Kesihatan Parcel E , 2 PICC
Mode : MTB/Touring RB Onroad. MTB welcomes
COntact : Zaman Ken (019-2986096)"

PEKA MTB JAMBOREE 2011

PEKA MTB JAMBOREE 2011: "le tour de fraser hill 2....kini di laluan off road dan on road 26 MARCH 2011

lebih 50 hadiah bertuah disediakan termasuk hadiah utama TV LCD & basikal MTB

yuran penyertaan:
RM 50.00 seorang

utk peserta berdaftar kami sediakan.
T/Shirt (jersi basikal),sarapan,makan t/hari dan lail-lain cenderahati

tarikh tutup penyertaan.
10 march 2011

BORANG BOLEH DIDAPATI DI:

SYABAS KUALA KUBU BHARU @ SYABAS DI SEMUA DAERAH/WILAYAH
KEDAI BASIKAL PEKAN BTG.KALI
KEDAI BASIKAL LIGAMAS BTG.KALI
KEDAI BASIKAL ANTARA GAPI
KEDAI BASIKAL RAWANG MUTIARA

utk sebarang maklumat sila hubungi..

EN.MAT SAMAN BIN MAT SOM. H/P 012 316 2913
E-mail saman@syabas.com.my

EN.IZHAR ZAFIFI BIN RAZALI. H/P 012 273 3946"

Tuesday, December 21, 2010

Putrajaya Cycle Hunt


Pagi Ahad 19 Disember 2010 aku bersama Airell BBS dan para cyclist Putrajaya dan kawasan sekitar telah mengjoinkan diri di Putrajaya cycle Hunt.

Acara bermula dlm kul 8.30 pagi. Nasib baik partner arif dgn tpt di putrajaya.. So dia dah marking tpt n route nak kayuh..

First check point yg kami p PICC. Dari starting kami ikut laluan tepi tasik ke PICC.. Sampai kt jambatan.. Kena tanggung basikal naik ataih utk ke PICC.. Mmg best.. Check point pertama kena task kira tiang bendera. Lepas tu p ke next CP kt taman Equine Putrajjaya. Kat situ just check in. Next terus berkayuh ke Pusat Maritim utk check in kt CP. Lepas tu kayuh lagi ikut laluan ke jambatan wawasan..

Then lalu tepi monorel terus ke monumen yg mcm roket tu.. Utk task yg seterusnya... Lepas selesai task.. Kayuh lagi ke next CP di masjid besi.. Selepas masjid besi.. Kayuh ke CP di atas bukit di taman Putra Perdana.. Mencungap jgk la climb bkt tu... Alhamdulillah aku berjaya climb sampai ataih tanpa Mai Tolak BaSikal... Selesai tugasan aku n partner terus ke next CP di Taman botani. Kat situ ada lagi tugasan.. Agak mudah.. dapat selesai ngan cepat n terus ke next cp.. Kali ni kayuh santai di dalam taman botani utk ke wetland. CP wetland no task just check in.. Then kayuh ke Taman warisan pertanian... Utk task seterusnya.. Settle kt situ teruih ke next CP berhampiran wisma putra... Selesai kt situ teruih kayuh blk ke tpt penamat ikut laluan tepi tasik... Partner injured sebaik sampai penamat.. Kaki kejang... Event di tamatkan di tpt ke 10.. Buleh gak la hadiah saguhati.. Btw total kami kayuh adala dlm 30km+++...

Overall.. Mmg best.... Next kayuh event Interpark Ride New Year Ride... C u all there.. Cheriooosss... 73 n 88...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 12, 2010

Cerita Kayuh lagi...

La ni blog ni akan byk cerita pasai kayuh.. hari ni kayuh lagi... kali kayuh jauh sket. Mula dari rumah masuk ke jalan masjid negeri... naik flyover ke jalan scotlaand...lepas tu teruih ke taman belia. Kat taman belia just kayuh ikut jalan biasa saja.. tk masuk trek offroad... lenkali baru p masuk off road... pass thru taman belia ke taman botani...

Taman Botani (Kebun Bunga) dah byk berubah... entrance  dia tengah renovate.. ada dataran dalam pembinaan dengan dua buah pitu gerbang/arca... masa dok rehat kat tepi jalan ( kaki krem sebenaqnya), ada studen dari USM rasanya dok buat survey.. dok tanya pendapat tentang projek pembinaan yg sedang berjalan... kata depa kalau byk respon yg kata projek tu tk berbaloi.. depa nak stop n remove semua tu... tapi aku rasa kalau projek dah 50-60% siap pasaipa plak nk roboh..membazir saja.. awat awai2 tak mau tanya org ramai masa mula buat design... salah siapa??? fikir2kanlah...

Lepas kaki aku dah ok... aku kayuh patah balik... masuk balik taman belia... then kluaq ikut jalan masuk... masuk jalan macalister lepas tu kona masuk jalan sepoy teruih ke jalan scotland. seksa gak kayuh kat situ sbb byk keta yg laju2... nak lintass pun kena tgk 7-8 kali.. dari jalan scotland teruih naik flyover jalan masjid negeri... lepaih tu kona masuk ke jalan sebelah mcD (aku lupa nama jalan tu). Kayuh pelan2 sampai roundbout Jalan terengganu... kona p blah kiri kayuh sampai simpang jalan Han Chiang... then kayuh balik rumah ikut jalan masjid negeri.. masuk kot Masjid Negeri... ada lam 15KM... ok la tu dalam keadaan tangan kanan yg masih sakit.

Oklah sama sini dulu...Jumpa lagi...
73, de Joncy @ JonCheYa