Latest addition to my cycling gear... Mx goggle brand Grayfosh...
Tuesday, October 2, 2012
UPM MTB FETE
Assalam semua pembaca sekalian... UPM MTB Fete telah tamat.. Jamboree yang menghidangkan pelbagai pengalaman suka dan duka... (mungkin lebih duka dari suka...). Apa pun...aku tak habis pun full trail.. give-up separuh jalan... badan dah tak leh blah dah... Ramai gak yg komen mcm2 kat FB, blog, dan lain2 media sosial... terpulanglah pada pendapat masing-masing... Bagi aku.. ukur baju di badan sendiri... kalau dah tau nak kayuh sejauh 45km offroad/onroad... bawaklah bekalan mencukupi... sediakanlah diri dengan persiapan secukupnya... byk komen ttg air yg tidak mencukupi... makanan tak cukup... aku tak leh nk komen byk.. sbb aku kayuh sampai cp3 dan sambung sampai habis trail offroad dalam ladang MARDI.
Labels:
BBS,
Jamboree,
MTB,
Team Siput BBS,
upm mtb fete
Sunday, September 9, 2012
Kayuhan minggu ini...
Minggu ini kayahan adalah di trail kedondong (Taman Rimba Alam). Kali ini rider seramai 4 orang sahaja. Aku, zulsaturn, hazrul dan edi (kawan hazrul ). Rv point di kwedai mamak Haji Tapah, presint Diplomatik pada jam 7.30 pagi. Aku la yg last sekali sampai.. Hehehe.. Aku mulakan kayuhan dari rumah, amik shortcut tepi bgj PPJ lama terus ke Presint Diplomatik. Lepas minum ayaq secawan roti bakaq satu set, teloq setengah masak 2 bijik.... Kami mulakan kayuhan mengenal trail (bagi depa laaa :-))
Labels:
MTB,
P15,
putrajaya,
Taman Rimba Alam
Wednesday, September 5, 2012
Bontrager G5 Downhill Tire Unveiled | Mountain Bike Review
Review tayar dari MTBR.. Tayar ni digunakan oleh Aaron Gwin dari Trek World Racing, juara UCI world cup Downhill. Bacaan lanjut sila ke link dibawah...
Bontrager G5 Downhill Tire Unveiled | Mountain Bike Review
Bontrager G5 Downhill Tire Unveiled | Mountain Bike Review
Monday, September 3, 2012
Beraya Di PCP
Sabtu, 1 September 2012, selepas sebulan lebih bercuti kayuh offroad... aku dan rakan2 Geng Siput BBS menerjah ke trail PCP. Seramai 8 org rider siput dan 4 org kawan2 riders yang muncul pada pagi tu untuk memecahkan lemak2 lemang dan ketupat yang semakin menebal.
Labels:
BBS,
mountain bike,
mountainbike,
MTB,
PCP,
putrajaya,
Team Siput BBS
Monday, July 23, 2012
Sunday, July 22, 2012
Tuesday, July 17, 2012
KeLoLo's Playground...: BicycleBuySell.Com
MEncari barang2 basikal sekenhen? Baru? singgah di Bicyclebuysell.com tak tau mcm mana nak cari ?? singgah di KeLoLo's Playground...: BicycleBuySell.Com
Monday, July 16, 2012
Cuti kayuh utk sementara waktu...
Assalam... Buatmasa ni aktiviti kayuh hujung minggu ku dihentikan dulu... Ini kerana Ramadan akan menjelma...Jumpa lagi di mana2 trail sekitar Putrajaya selepas Raya nanti.. Assalamualaikum...
Labels:
aidil fitri,
basikal bukit,
basikal gunung,
cycling,
gerek gunung,
joncy,
putrajaya,
ramadan
Weeken Ride Review - Trail Kedondong @ Amra /Taman Rimba Alam P15
Assalam semua... ini posting tertangguh... kayuhan berlaku 2 minggu yang lalu... ceritanya macam ni...
Kayuhan hujung minggu aku kali ni aku menerjah trail kedondon a.k.a trail kuda di Taman Rimba Alam P15. Kayuhan kali ni disertai oleh Rasali Jaidi a.k.a RJSutan dan 4 orang lagi rakan2 beliau dari Gas Malaysia. RV point di Restoren Haji Tapah. Kayuh bermula lebih kurang jam 9.00pagi.
Laluan kali ni bermula dari P.Diplomatik - P15- Taman Rimba Alam - Taman Canseri - P.Diplomatik. Kayuhan agak santai. trail offroad sesuai utk kayuh tapi climbing mcm biasa.. byk menolak, dari mengayuh... tapi kali ni aku boleh kayuh di section yg sblm ni aku x leh kayuh.. adakah kerana hendelbar baru (rujuk post yg sblm ni) ?? heheheh .. dan kali ni aku tak jadi badang MTB..
Trail bermula dengan agak mendatar.. laluan tanah merah fast rolling.. syok layan boleh pump-pump.. tapi berhati2 sebab byk lopak dan lubang mendapan tanah dan alur air yg agak dalam.. trail kemudian diteruskan ke sebelah kiri dengan laluan menurun ( sebahagian dari laluan Jamboree Putrajaya pada Mac yang lalu) dan sampai ke laluan memanjat tinggi (Jamboree Putrajaya juga) tetapi tidak melaluinya.. sebaliknya laluan di sebelah kiri (juga memanjat) diambil. laluan ini juga boleh dinamakan Pencawang Climb sebab terdapat pencawang TNB dan tpt itu sesuai utk berehat sebentar selepas penat memanjat. Semua rider berjaya memanjat laluan ini.. Tahniah kepada semua.. hehehe..
seterusnya laluan memanjat lagi dijamukan kepada rider-rider...dari sini semuanya memanjat shj.. sehinggalah sampai ke kebun buah kedondong... sebelum sampai situ rider berehat sebentar di tgh laluan dimana terdapat kawasan mendatar dan sesi bergambar oleh sahabat dari Gas Malaysia.
Selepas taman kedondong.. kayuhan diteruskan dengan menurun sahaja.. sehinggalah bertemu laluan tarmac dan kembali ke muka trail. laluan mendatar tanah merah tadi dilalui sekali lagi.. sambil layan pumping.. heheh.. kali ni ada rider telah terpancit tayar belakang selepas melayan pumping dan lompat katak.. hehehe berhenti lagi.. utk tukaq tayaq sahabat tu.. selepas selesai kayuhan diteruskan kan melalui laluan jamboree putrajaya( kali ni reverse plak ke sebelah kanan; refer para 3 diatas) laluan mendatar.. trail leader dah pening sket.. laluan beberapa kali tersasar dari exit... kat sini juga terserempak sekawan wildboar... so kalau rider masuk sini berhati2 yaa..
selepas itu kayuhan diteruskan di laluan tarmac. trail seterusnya trail berkuda taman rimba alam. laluan offroad dah habis.. kat sini semuanya berturap. Laluan dimulakan dengan pemanjatan yang agak curam.. kat sini aku dah tak larat nak kayuh.. MTB ja sepanjang jalan... hehehe sampai ke tempat yg flat... lepak lagi kat sini.. selepas hilang penat.. kayuhan diteruskan melalui taman rimba alam.. kemudian melalui taman canceri dan tamat di Kedai Mamak Haji Tapah.
itu sahaja review ttg kayuhan pada kali ini... sekian...
p/s : Gambar² ehsan dari http://kayuhjele.blogspot.com/
Trail bermula dengan agak mendatar.. laluan tanah merah fast rolling.. syok layan boleh pump-pump.. tapi berhati2 sebab byk lopak dan lubang mendapan tanah dan alur air yg agak dalam.. trail kemudian diteruskan ke sebelah kiri dengan laluan menurun ( sebahagian dari laluan Jamboree Putrajaya pada Mac yang lalu) dan sampai ke laluan memanjat tinggi (Jamboree Putrajaya juga) tetapi tidak melaluinya.. sebaliknya laluan di sebelah kiri (juga memanjat) diambil. laluan ini juga boleh dinamakan Pencawang Climb sebab terdapat pencawang TNB dan tpt itu sesuai utk berehat sebentar selepas penat memanjat. Semua rider berjaya memanjat laluan ini.. Tahniah kepada semua.. hehehe..
seterusnya laluan memanjat lagi dijamukan kepada rider-rider...dari sini semuanya memanjat shj.. sehinggalah sampai ke kebun buah kedondong... sebelum sampai situ rider berehat sebentar di tgh laluan dimana terdapat kawasan mendatar dan sesi bergambar oleh sahabat dari Gas Malaysia.
Selepas taman kedondong.. kayuhan diteruskan dengan menurun sahaja.. sehinggalah bertemu laluan tarmac dan kembali ke muka trail. laluan mendatar tanah merah tadi dilalui sekali lagi.. sambil layan pumping.. heheh.. kali ni ada rider telah terpancit tayar belakang selepas melayan pumping dan lompat katak.. hehehe berhenti lagi.. utk tukaq tayaq sahabat tu.. selepas selesai kayuhan diteruskan kan melalui laluan jamboree putrajaya( kali ni reverse plak ke sebelah kanan; refer para 3 diatas) laluan mendatar.. trail leader dah pening sket.. laluan beberapa kali tersasar dari exit... kat sini juga terserempak sekawan wildboar... so kalau rider masuk sini berhati2 yaa..
selepas itu kayuhan diteruskan di laluan tarmac. trail seterusnya trail berkuda taman rimba alam. laluan offroad dah habis.. kat sini semuanya berturap. Laluan dimulakan dengan pemanjatan yang agak curam.. kat sini aku dah tak larat nak kayuh.. MTB ja sepanjang jalan... hehehe sampai ke tempat yg flat... lepak lagi kat sini.. selepas hilang penat.. kayuhan diteruskan melalui taman rimba alam.. kemudian melalui taman canceri dan tamat di Kedai Mamak Haji Tapah.
itu sahaja review ttg kayuhan pada kali ini... sekian...
p/s : Gambar² ehsan dari http://kayuhjele.blogspot.com/
Labels:
basikal bukit,
basikal gunung,
joncy,
P15,
putrajaya,
Taman Rimba Alam
UPM MTB Fete
Tarikh Kayuhan:
Ahad, 30 September 2012
Putra Bike Center, Pintu 5, UPM Serdang
Jarak Kayuhan:
45km (UPM & Mardi)
Profile Trek:
Padang Ragut
Laluan Kelapa Sawit
Ladang Pokok Pine
Single Trek
(Trek akan dikemaskini dari masa ke semasa)
Untuk maklumat lanjut sila klik sini
Jumpa di sana nanti.. :)
Labels:
basikal bukit,
basikal gunung,
cycling,
festival,
Jamboree,
kayuh,
mountainbike
Thursday, June 7, 2012
Review Putrajaya Inter Park Ride 16
Assalam... PIPR 16 dah lama lepas.. nak review apa aa.... hermmm.. laluan kali ni bermula dari Taman Wetland.. dari situ rider-rider melalui laluan belakang wetland ke presint 11. ada sedikit offroad disitu... dari main road ke laluan perumahan presint 11. kemudian rider dibawa ke taman saujana melalui laluan jogging/basikal. disini kayuhan memanjat bermula. rider berjaya memanjat bukit saujana sampai puncak. kemudian laluan menurun sehinggalah ke laluan utama perumahan kembali. dari situ laluan diteruskan melalui presint 10 dan terus ke jambatan putra sebelum memasuki Taman Botani.
Di taman botani, riders berehat sat.. sambil pekena bekalan2.. kayuhan diteruskan melalui taman botani ke taman wetland. Kayuhan tamat di taman wetland.
Di taman botani, riders berehat sat.. sambil pekena bekalan2.. kayuhan diteruskan melalui taman botani ke taman wetland. Kayuhan tamat di taman wetland.
Labels:
cycling,
Giant Trance,
Interpark ride,
joncy,
PIPR,
putrajaya
Thursday, May 10, 2012
Monday, April 23, 2012
Cerita aku di Jamboree MTB Putrajaya
Setelah lama tak join jamboree, tanggal 21/4/2012 aku telah sertai jamboree mtb putrajaya. Itu pun sbb buat kt putrajaya. Hehehehehe... Pada mulanya.. Jamboree ni nampak kurang meyakinkan... Sebab tempoh iklan dgn hari kejadian agak singkat. Gembel aja... Bersama 5 org rider dari Team Siput BBS (3 org daftar official under Team Siput BBS) kami berkayuh di jamboree pertama putrajaya.
goodies jamboree
rider-rider Team Siput BBS
Peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi (ada yg lagi awal mungkin... ) aku keluaq rumah jam 7 pagi... Hantaq hero p skolah dulu... Kendian terus ke tempat acara di Taman Wetland Putrajaya. Setibanya di tpt kejadian, dah ramai rider yg sedang menyiapkan kelengkapan dan peralatan. Aku dapat parking yg agak selesa. Terus keluarkan Raksasa Khayalan dan siapkan dia utk di tunggang. Periksa bekalan utk kali kedua (semalam dah siapkan awal2). Check kawan riders yg lain lokasi depa utk bagi plet utk kayuh. Selepas semua rider dah dpt plet.. Kami bergerak ke tpt permulaan. Masa tu rider yg lain dah ramai berkumpul. Sambil menunggu pelepasan... Acara sampingan utama diteruskan.. Iaitu acara bergambar. Kebetulan semasa do bergambaq.. Ada plak sekor siput kat celah pokok.. Dah jadi maskot plak.... Hehehehe...
maskot team siput
Acara bermula tpt jam 9pagi.. Melalui taman wetland... Masuk offroad berbatu kerikil ke taman botani... Laluan di taman botani pulak laluan tarmac sehingga ke taman alam rimba melalui jalan utama. Laluan di taman alam rimba beemula melalui laluna tarmac ug ditanda sbg laluan berkuda. Disini laluan mendaki bermula.. Pendakian yg agak mencabar... Tapi time ni aku masih mantain hehehe... Sampai lah laluan menurun (dh).. Tang ni pun tadak masalah lagi.. Selamba jaa turum dgn laju.... Tapi selepas abih dh... Ada climb blk agak curam.. Sepatutnya boleh climb dgn momentum masa dh tadi.. Malangnya.. Ada plak rider berhenti kat cerun tu... Aku x dpt nak elak... Terus brek... Klip plak x mau release.. Jatuh bodo kot tepi kiri... Masuk dlm longkang.... Kaki kiri kejang... Hampir2 black out... Nasib baik ada rider yg tolong.. TERIMA KASIH KEPADA YG MENOLONG... walaupun x kenal... Selepas recover energy (satu tiub hammer nutrition) aku teruskan kayuhan (menolak sebenaqnya hehehe...)
Selepas keluar dari laluan berkuda itu.. trail seterusnya dihidangkan dgn sedikit tarmac... dan laluan tanah merah.. disebabkan hujan yang turun pada hari malam harinya.. laluan tersebut agak lembut dan tayar dah jadi donut. Kat sini trail masih ok.. boleh kayuh... ada sedikit downhill.. layan jugak... tapi masa aku lalu tu... ada rider yg dah kemalangan... rider perempuan dari team Wilayah Kuala Lumpur.. ada medic dan bapak dia (Jakiko, ) disitu.. aku pass tru.. memandangkan aku pun dah terkebelakang agak jauh... kemudian trail dihidangkan dengan pendakian yg agak curam... masa aku di bawah, nampak ramai rider yg sedang menolak.. lepak sat ngan rider KNR Haitsan... sambil tgk rider2 bertungkus lumus melepasi pendakian... aku teruskan pendakian paling menyeksakan sebab trail dah lunyai dan licin... jgnkan nak kayuh.. nak tolak pun susah... sambil2 tu aku tolong satu brader yg mengalami rantai putus.. selepas tu tolong plak lagi satu rider yg mengalami rantai jatuh... aku dah semakin kebelakang... turun dari rimba alam... kembali ke laluan tarmac... menuju ke taman botani kembali... disini aku kayuh dengan beberapa rider lain termasuk rider yg rantai jatuh tadi...
Laluan dari taman botani diteruskan kembali ke laluan taman wetland. disini aku lagi sekali mengalami kekejangan... syukur aku bawa spray utk krem... mula krem di betis... kali ni krem pulak di pangkal peha... kedua2 belah kaki pulak... selepas rehat dalam 5 minit.. aku teruskan kayuhan.. dan pada masa ni aku rasa aku lah rider yg terakhir dalam jambore... Sepanjang kayuhan di wetland.. peha aku krem beberapa kali... apa bila sampai di laluan yang ditenggelami air aku teruskan kayuhan, walaupun peha dah bagi tanda2 nak krem lagi.. aku berjaya harungi 80% laluan air... selepas tu peha aku tak dapat lagi tahan.. krem lagi sekali.. kali ni tak bleh buat apa dah... peha krem dan kaki aku rasa terkunci dah tak bleh kayuh... aku lepaskan basikal... panggil resQ yg dok tunggu kat hujung ayaq.. TERIMA KASIH KEPADA PARA RESQ YG SELAMATKAN AKU.. aku diselamatkan dgn kayak... dan selepas itu.. tamatlah sudah kayuhan aku... aku dah tamau stress kaki aku.. bagi dia rehat laaa.. aku naik 4x4 ke penamat... huhuuh tapi.. dapat la jugak medal.... lepas tu acara cabutan bertuah.. kali ni berkat naik kayak n 4x4.. aku dapat jugak hadiah bertuah.. botoi ayaq XDS heheheh...
ni muka bateri dah abih... kaki dah jem... kremmmm....
raksasa khalayan dah terbaring...
medal dan hadiah bertuah...
Secara keseluruhan penganjuran jamboree aku bagi 7/10 ja.. kira ok laa.. sebab.. takdak marshal diletakkan di tempat2 yg berisiko... ramai yg aku denganq tak puas hati pasai ni... marshal yg naik moto pun ada kata depa tak tau trail dah tu depa pun tersangkut sbb trail dah licin...
ok.. itu sahaja review dan pengalaman aku berkayuh jamboree putrajaya... aku rasa.. buat masa ni no more jamboree for me.. sekian...
73,
jonz..
p/s : aku tak bawak kamera.. gambaq-gambaq dari fb kawan2 akan di uploadkan kemudian..
Labels:
basikal bukit,
basikal gunung,
cycling,
Jamboree,
MTB,
putrajaya
Monday, March 5, 2012
Bukit Kiara Ride 04032012
Ahad 04032012. setelah sekian lama tak ride di kiara (ni baru kali kedua hehehe) aku telah menjejakan tayar basikal aku di Trail Taman Lembah Kiara bersama-sama rakan2 mengayuh BBS Cyclist seperti Rozaidee (Abra), Mif (Nizam), Rj (Rasali), Mizi ( Adik Abra), Bang Chik Kelolo (BC @ Haris), Shoji Ohmura (kawan Mizi). Turut serta rakan2 BC menjadikan jumlah rider seramai 15 orang.
Kali ni kayuh start dari Magic Karpet ke 4K. kendian masuk trail 2K dan lepak sat kat Pondok Rehat.. Sambil rehat ada gak rider yang melayan loop 2K. BC dan geng masuk sampai ke missoion kalau tak silap... Mif ngan Azrul ( dia mai kendian) masuk layan loop 2K. Aku, Abra dan RJ masuk gak layan 2K tapi short trail ja.. kluaq ke tarmac dalam 500 meter trail decending... kat sini aku tergolek sebab terlalu syok layan... hehehe...
Lepas tu masuk ke twin peaks trail. tapi x panjat sampai atas, sampai shriner's convention saja patah balik ke pondok, masuk 4k pulak...lepas chunder junction, masuk upper carnival pulak. Di sini (Chunder Valley) kami berpecah kepada 3 group satu group di ketuai BC meneruskan kayuhan melalui lower carnival manakala RJ dan 2-3 org rider kemmbali ke parking melalui laluan tarmac dan aku bersama Abra, mizi, dan Ohmura kembali ke 4 K.. asal nya nak ke chunder junction tetapi telah ter buat loop dan kembali ke exit 4K untuk ke 2K. Patah balik pulak ke persimpangan chunder junction. sebelum sampai ke simpang tu.. sekali lagi aku tergolek dah kali ni aku hampir2 masuk gaung tepi trail.. nasib baik ada pokok2 kecil aku sempat berpaut... namun..betis kering ada cedera sedikit..sebab masa jatuh kaki kena pokok... walau bagaimanapun.. nasib baik sebab masih boleh berkayuh.. cuma hilang sedikit fokus mungkin sebab keletihan.
Apa pun ride kali ni mmg best.. melayan trail. Kami keluar ke bike wash dah jam 1tghari. Kepada kawan2 yang kayuh bersama.. next time leh ride lagi.. tu pun kalau sudi berkayuh ngan rider slow mcm aku ni...
(Pic below Credit to Bc Kelolo)
Khayalan Menjelma..
Tolak bang.. jgn tak tolak.. MTB la katakan.. :)
Melayan switchback...
ni tang mana aku tak ingat...
gambar-gambar tambaha boleh lihat di sini
Wednesday, January 11, 2012
Raksasa Khayalan...
Projek Raksasa Khayalan telah siap. ujian telah dibuat 2 kali. ujian pertama kayuhan kebun durian brader muz di rawang. ujian kedua di PCP. selepas tu tiada lagi ujian utk khayalan.. cuti lebih sebulan drpd kayuhan..preparation utk sambut org baru dalam keluarga... minggu ni kayuhan di pcp di pagi ahad... kalau nak join sila msg di fesbuk..
Subscribe to:
Posts (Atom)