Monday, April 23, 2012

Cerita aku di Jamboree MTB Putrajaya


Setelah lama tak join jamboree, tanggal 21/4/2012 aku telah sertai jamboree mtb putrajaya. Itu pun sbb buat kt putrajaya. Hehehehehe... Pada mulanya.. Jamboree ni nampak kurang meyakinkan... Sebab tempoh iklan dgn hari kejadian agak singkat. Gembel aja... Bersama 5 org rider dari Team Siput BBS (3 org daftar official under Team Siput BBS) kami berkayuh di jamboree pertama putrajaya.

 goodies jamboree

rider-rider Team Siput BBS

Peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi (ada yg lagi awal mungkin... ) aku keluaq rumah jam 7 pagi... Hantaq hero p skolah dulu... Kendian terus ke tempat acara di Taman Wetland Putrajaya. Setibanya di tpt kejadian, dah ramai rider yg sedang menyiapkan kelengkapan dan peralatan. Aku dapat parking yg agak selesa. Terus keluarkan Raksasa Khayalan dan siapkan dia utk di tunggang. Periksa bekalan utk kali kedua (semalam dah siapkan awal2). Check kawan riders yg lain lokasi depa utk bagi plet utk kayuh. Selepas semua rider dah dpt plet.. Kami bergerak ke tpt permulaan. Masa tu rider yg lain dah ramai berkumpul. Sambil menunggu pelepasan... Acara sampingan utama diteruskan.. Iaitu acara bergambar. Kebetulan semasa do bergambaq.. Ada plak sekor siput kat celah pokok.. Dah jadi maskot plak.... Hehehehe...

maskot team siput

Acara bermula tpt jam 9pagi.. Melalui taman wetland... Masuk offroad berbatu kerikil ke taman botani... Laluan di taman botani pulak laluan tarmac sehingga ke taman alam rimba melalui jalan utama. Laluan di taman alam rimba beemula melalui laluna tarmac ug ditanda sbg laluan berkuda. Disini laluan mendaki bermula.. Pendakian yg agak mencabar... Tapi time ni aku masih mantain hehehe... Sampai lah laluan menurun (dh).. Tang ni pun tadak masalah lagi.. Selamba jaa turum dgn laju.... Tapi selepas abih dh... Ada climb blk agak curam.. Sepatutnya boleh climb dgn momentum masa dh tadi.. Malangnya.. Ada plak rider berhenti kat cerun tu... Aku x dpt nak elak... Terus brek... Klip plak x mau release.. Jatuh bodo kot tepi kiri... Masuk dlm longkang.... Kaki kiri kejang... Hampir2 black out... Nasib baik ada rider yg tolong.. TERIMA KASIH KEPADA YG MENOLONG... walaupun x kenal... Selepas recover energy (satu tiub hammer nutrition) aku teruskan kayuhan (menolak sebenaqnya hehehe...)

Selepas keluar dari laluan berkuda itu.. trail seterusnya dihidangkan dgn sedikit tarmac... dan laluan tanah merah.. disebabkan hujan yang turun pada hari malam harinya.. laluan tersebut agak lembut dan tayar dah jadi donut. Kat sini trail masih ok.. boleh kayuh... ada sedikit downhill.. layan jugak... tapi masa aku lalu tu... ada rider yg dah kemalangan... rider perempuan dari team Wilayah Kuala Lumpur.. ada medic dan bapak dia (Jakiko, ) disitu..  aku pass tru.. memandangkan aku pun dah terkebelakang agak jauh... kemudian trail dihidangkan dengan pendakian yg agak curam... masa aku di bawah, nampak ramai rider yg sedang menolak.. lepak sat ngan rider KNR Haitsan... sambil tgk rider2 bertungkus lumus melepasi pendakian... aku teruskan pendakian paling menyeksakan sebab trail dah lunyai dan licin... jgnkan nak kayuh.. nak tolak pun susah... sambil2 tu aku tolong satu brader yg mengalami rantai putus.. selepas tu tolong plak lagi satu rider yg mengalami rantai jatuh... aku dah semakin kebelakang... turun dari rimba alam... kembali ke laluan tarmac... menuju ke taman botani kembali... disini aku kayuh dengan beberapa rider lain termasuk rider yg rantai jatuh tadi...

Laluan dari taman botani diteruskan kembali ke laluan taman wetland. disini aku lagi sekali mengalami kekejangan... syukur aku bawa spray utk krem... mula krem di betis... kali ni krem pulak di pangkal peha... kedua2 belah kaki pulak... selepas rehat dalam 5 minit.. aku teruskan kayuhan.. dan pada masa ni aku rasa aku lah rider yg terakhir dalam jambore... Sepanjang kayuhan di wetland.. peha aku krem beberapa kali... apa bila sampai di laluan yang ditenggelami air aku teruskan kayuhan, walaupun peha dah bagi tanda2 nak krem lagi.. aku berjaya harungi 80% laluan air... selepas tu peha aku tak dapat lagi tahan.. krem lagi sekali.. kali ni tak bleh buat apa dah... peha krem dan kaki aku rasa terkunci dah tak bleh kayuh... aku lepaskan basikal... panggil resQ yg dok tunggu kat hujung ayaq.. TERIMA KASIH KEPADA PARA RESQ YG SELAMATKAN AKU.. aku diselamatkan dgn kayak... dan selepas itu.. tamatlah sudah kayuhan aku... aku dah tamau stress kaki aku.. bagi dia rehat laaa.. aku naik 4x4 ke penamat... huhuuh tapi.. dapat la jugak medal.... lepas tu acara cabutan bertuah.. kali ni berkat naik kayak n 4x4.. aku dapat jugak hadiah bertuah.. botoi ayaq XDS heheheh...

ni muka bateri dah abih... kaki dah jem... kremmmm....



raksasa khalayan dah terbaring...

medal dan hadiah bertuah...
 
Secara keseluruhan penganjuran jamboree aku bagi 7/10 ja.. kira ok laa.. sebab.. takdak marshal diletakkan di tempat2 yg berisiko... ramai yg aku denganq tak puas hati pasai ni... marshal yg naik moto pun ada kata depa tak tau trail dah tu depa pun tersangkut sbb trail dah licin...

ok.. itu sahaja review dan pengalaman aku berkayuh jamboree putrajaya... aku rasa.. buat masa ni no more jamboree for me.. sekian...

73,

jonz..

p/s : aku tak bawak kamera.. gambaq-gambaq dari fb kawan2 akan di uploadkan kemudian.. 

Monday, March 5, 2012

Bukit Kiara Ride 04032012

Ahad 04032012. setelah sekian lama tak ride di kiara (ni baru kali kedua hehehe) aku telah menjejakan tayar basikal aku di Trail Taman Lembah Kiara bersama-sama rakan2 mengayuh BBS Cyclist seperti Rozaidee (Abra), Mif (Nizam), Rj (Rasali), Mizi ( Adik Abra), Bang Chik Kelolo (BC @ Haris), Shoji Ohmura (kawan Mizi). Turut serta rakan2 BC menjadikan jumlah rider seramai 15 orang.

Kali ni kayuh start dari Magic Karpet ke 4K. kendian masuk trail 2K dan lepak sat kat Pondok Rehat.. Sambil rehat ada gak rider yang melayan loop 2K. BC dan geng masuk sampai ke missoion kalau tak silap... Mif ngan Azrul ( dia mai kendian) masuk layan loop 2K.  Aku, Abra dan RJ masuk gak layan 2K tapi short trail ja.. kluaq ke tarmac dalam 500 meter trail decending... kat sini aku tergolek sebab terlalu syok layan... hehehe...

Lepas tu masuk ke  twin peaks trail. tapi x panjat sampai atas, sampai shriner's convention saja patah balik ke pondok, masuk 4k pulak...lepas chunder junction, masuk upper carnival pulak. Di sini (Chunder Valley) kami berpecah kepada 3 group satu group di ketuai BC meneruskan kayuhan melalui lower carnival manakala RJ dan 2-3 org rider kemmbali ke parking melalui laluan tarmac dan aku bersama Abra, mizi, dan Ohmura kembali ke 4 K.. asal nya nak ke chunder junction tetapi telah ter buat loop dan kembali ke exit 4K untuk ke 2K. Patah balik pulak ke persimpangan chunder junction. sebelum sampai ke simpang tu.. sekali lagi aku tergolek dah kali ni aku hampir2 masuk gaung tepi trail.. nasib baik ada pokok2 kecil aku sempat berpaut... namun..betis kering ada cedera sedikit..sebab masa jatuh kaki kena pokok... walau bagaimanapun.. nasib baik sebab masih boleh berkayuh.. cuma hilang sedikit fokus mungkin sebab keletihan.

Apa pun ride kali ni mmg best.. melayan trail.  Kami keluar ke bike wash dah jam 1tghari. Kepada kawan2 yang kayuh bersama.. next time leh ride lagi.. tu pun kalau sudi berkayuh ngan rider slow mcm aku ni...


(Pic below Credit to Bc Kelolo)
Khayalan Menjelma..

Tolak bang.. jgn tak tolak.. MTB la katakan.. :)

Melayan switchback...

ni tang mana aku tak ingat...

gambar-gambar tambaha boleh lihat di sini

Wednesday, January 11, 2012

Raksasa Khayalan...

Projek Raksasa Khayalan telah siap. ujian telah dibuat 2 kali. ujian pertama kayuhan kebun durian brader muz di rawang. ujian kedua di PCP. selepas tu tiada lagi ujian utk khayalan.. cuti lebih sebulan drpd kayuhan..preparation utk sambut org baru dalam keluarga... minggu ni kayuhan di pcp di pagi ahad... kalau nak join sila msg di fesbuk..




Wednesday, October 12, 2011

Sunday Weeken Ride

Lets ride this weeken... 

Venue : Putrajaya Challenge Park MTB Trail
Date : 16 Oktober 2011
Time : 8.30 - 9.00 PM (gathering time)

Wednesday, September 28, 2011

Coming Soon....

Salam all.. kembali ke alam blog... Giant anthem dalam proses dijual... ada beberapa buyer yg menunjukkan minat.. satu kompom nak amik tapi nak tgk bike dulu.. skang tgh tunggu buyer kompomkan tarikh utk tgk bike... lepas dah selesai.. leh start projek Raksasa Khayalan...


Detail ttg projek ni akan di updatekan dari masa kesemasa.. so stay tune...  :)



Monday, August 1, 2011

Alatan Taman

Alat utk setting basikal dari Jenama terkenal Park tool pertama aku.. Folding Hex set... AWS - 10..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 17, 2011

Aktiviti kayuhan...

Dah lama tak apdet blog.. hehehe..  byk aktiviti kayuh telah dibuat.. tapi tak review kat sini... gambaq pun tak byk amik.. nak tgk gambar boleh ke fb saya.. klik kat fb badge ditepi..  :)

Minggu ni planning nak kayuh kat kiara... ngan geng2 chatbox BBS... nanti akan diapdetkan dan direview kan trail kiara dari pandangan seorang rider yg slow.. heheheh jumpa lagi...


Detail Kiara ride :

kayuhan santai bukit kiara

Monday, March 21, 2011

MARIN MTB Hilang Di Skudai

PLS BEWARE

My Friend teammate lost his bike after it fell down from his roof rack yesterday morning at the route skudai to UTM...
His bike is Marin Juniper Trail with this spec...


1. Fox fork
2. Gruppo XT (newly upgraded)
3. Mavic Cross trail...



So pls beware if someone from skudai or JB offering this set...
I put up this photo of his bike before he upgraded to the listed above...



Pls call Kona @ Wan  at 013-7806780 or contact nearest police station