Friday, June 17, 2011

Aktiviti kayuhan...

Dah lama tak apdet blog.. hehehe..  byk aktiviti kayuh telah dibuat.. tapi tak review kat sini... gambaq pun tak byk amik.. nak tgk gambar boleh ke fb saya.. klik kat fb badge ditepi..  :)

Minggu ni planning nak kayuh kat kiara... ngan geng2 chatbox BBS... nanti akan diapdetkan dan direview kan trail kiara dari pandangan seorang rider yg slow.. heheheh jumpa lagi...


Detail Kiara ride :

kayuhan santai bukit kiara

Monday, March 21, 2011

MARIN MTB Hilang Di Skudai

PLS BEWARE

My Friend teammate lost his bike after it fell down from his roof rack yesterday morning at the route skudai to UTM...
His bike is Marin Juniper Trail with this spec...


1. Fox fork
2. Gruppo XT (newly upgraded)
3. Mavic Cross trail...



So pls beware if someone from skudai or JB offering this set...
I put up this photo of his bike before he upgraded to the listed above...



Pls call Kona @ Wan  at 013-7806780 or contact nearest police station


Thursday, February 10, 2011

kayuhan malam di bukit dinding..(nite riding mtb) (6)

kayuhan malam di bukit dinding..(nite riding mtb) (6): "meeting point di entrance bukit dinding kul 9pm.. kita akan naik ikut jalan biasa 2.5km mendaki sampai puncak pencawang..pastu lepak kat atas jap pastu turun tarmac sampai C/P 2 terus turun ikut offroad.. dalam 2km sampai ke tangki air AU3 keramat.. pastu bole la layan sup ekor kat bawah tu....
peralatan yang sangat penting adalah helmet dan lampu yang cukup terang.. lain2 klu nak bawa terpulang...
mood kayuhan : santai2 jer cos nak menikmati alam nature di waktu malam..
call no ni klu nak join Mazuan : 016 2328551
hasan : 012 2077254

jemputan khas kepada team2 yang ada kt area klang valley ni.. pujMAC,ET RIDERS, DUKECT, Tezibone, LEMBU,Cinta Kolestrol,Kayuhbeb,KNR dan banyak lagi la.. jom meramaikan kayuhan malam tu.."

Wednesday, February 9, 2011

KELIWON NITE RIDE EDISI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KELIWON NITE RIDE EDISI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Putrajaya Cycling For Health Unofficial Monthly Ride

Putrajaya Cycling For Health Unofficial Monthly Ride: "Venue: Parking Area , Kompleks Kementerian Kesihatan, Parcel E, Putrajaya. ( Nearby Alamanda)
Meeting Time: 8.30pm
Rolling Time: 9.00pm
Auto Cancel: If heavy rain until 9.30pm
Route : KKP2010 ++ or - -
Speed Limit : 20kmh
Max Distance : 60km
Min Distance: 35km
Checpoint : 1. Kementerian Kesihatan Parcel E , 2 PICC
Mode : MTB/Touring RB Onroad. MTB welcomes
COntact : Zaman Ken (019-2986096)"

PEKA MTB JAMBOREE 2011

PEKA MTB JAMBOREE 2011: "le tour de fraser hill 2....kini di laluan off road dan on road 26 MARCH 2011

lebih 50 hadiah bertuah disediakan termasuk hadiah utama TV LCD & basikal MTB

yuran penyertaan:
RM 50.00 seorang

utk peserta berdaftar kami sediakan.
T/Shirt (jersi basikal),sarapan,makan t/hari dan lail-lain cenderahati

tarikh tutup penyertaan.
10 march 2011

BORANG BOLEH DIDAPATI DI:

SYABAS KUALA KUBU BHARU @ SYABAS DI SEMUA DAERAH/WILAYAH
KEDAI BASIKAL PEKAN BTG.KALI
KEDAI BASIKAL LIGAMAS BTG.KALI
KEDAI BASIKAL ANTARA GAPI
KEDAI BASIKAL RAWANG MUTIARA

utk sebarang maklumat sila hubungi..

EN.MAT SAMAN BIN MAT SOM. H/P 012 316 2913
E-mail saman@syabas.com.my

EN.IZHAR ZAFIFI BIN RAZALI. H/P 012 273 3946"

Monday, January 24, 2011

kayuhan air terjun sofea jane, kemensah



Salam all.. lama aku tak berblogging ttg aktiviti berbasikal... lately aku kurang kayuh... hari ahad lepas aku dan beberapa rakan kayuhan menerjah ke air terjun sofea jane ( air terjun kubang gajah) kemensah offroad ride ngan Ash Burn n rakan². Kayuhan bermula lebih kurang jam 8.30 dari stesen minyak shell berhampiran zoo negara. kemudian regroup ngan pemandu arah dekat kg kemensah. lepak sambil amik gambaq sebelum mula kayuhan.

 sang raksasalagu baru kluaq dari kandang...

 fellow rider...

tok batin sedang check anak buah yg tak sampai lagi..





 rider sedang mendapatkan bekalan...
sahabat baru.. 

Setelah semua rider dah sampai... kayuhan bermula untuk menerjah air terjun sofea jane.... kayuhan tarmac sejauh entah beraka kilo... (raksasalagu tadak meter..) penat gak aku mengayuh... lama tak kayuh bukit yang curam-curam... hehehe.. hampir² nk MTB... tang ni aku kayuh sorang² ikut aku punya pace.. ramai yang dah sampai cp1 sblm laluan trail offroad bermula... kat sini lepak lama jugak sbb tunggu rider yang ada masalah teknikal sebab rd hanger patah... 








Selepas sesi bergambar ramai2.. kayuhan n tolakan offroad pun bemula.. hehehe.... trail clim yg agak panjang... sekali skala ada donhil pendek.. trail mendatar... paihtu climb lagi.. dan claimb lagi.. dan lagi.. dan lagi... hehehe... layan....





*tak byk gambaq... sbb kameraman termengah² mintak nyawa....*
paih tu dah sampai ke air terjun sofea jane... lepak² sambil berendam n pekena nasik lemak yg dibawa untuk bekalan....










Selepas penat layan climb n donhill.. kayuhan di akhiri ngan sesi minum.. kat kedai kopi... semua rider selamat sampai keluar dari trail dengan selamat n bertolak balik kedestinasi masing-masing.. 





Next ride mungkin ke Hutan Lipur Sg, Sendat Ulu Yam... ataupun Broga... apa pun tunggu kata putuih tok batin hehehee jgn marah Bg. Mat... :)


Tuesday, December 21, 2010

Putrajaya Cycle Hunt


Pagi Ahad 19 Disember 2010 aku bersama Airell BBS dan para cyclist Putrajaya dan kawasan sekitar telah mengjoinkan diri di Putrajaya cycle Hunt.

Acara bermula dlm kul 8.30 pagi. Nasib baik partner arif dgn tpt di putrajaya.. So dia dah marking tpt n route nak kayuh..

First check point yg kami p PICC. Dari starting kami ikut laluan tepi tasik ke PICC.. Sampai kt jambatan.. Kena tanggung basikal naik ataih utk ke PICC.. Mmg best.. Check point pertama kena task kira tiang bendera. Lepas tu p ke next CP kt taman Equine Putrajjaya. Kat situ just check in. Next terus berkayuh ke Pusat Maritim utk check in kt CP. Lepas tu kayuh lagi ikut laluan ke jambatan wawasan..

Then lalu tepi monorel terus ke monumen yg mcm roket tu.. Utk task yg seterusnya... Lepas selesai task.. Kayuh lagi ke next CP di masjid besi.. Selepas masjid besi.. Kayuh ke CP di atas bukit di taman Putra Perdana.. Mencungap jgk la climb bkt tu... Alhamdulillah aku berjaya climb sampai ataih tanpa Mai Tolak BaSikal... Selesai tugasan aku n partner terus ke next CP di Taman botani. Kat situ ada lagi tugasan.. Agak mudah.. dapat selesai ngan cepat n terus ke next cp.. Kali ni kayuh santai di dalam taman botani utk ke wetland. CP wetland no task just check in.. Then kayuh ke Taman warisan pertanian... Utk task seterusnya.. Settle kt situ teruih ke next CP berhampiran wisma putra... Selesai kt situ teruih kayuh blk ke tpt penamat ikut laluan tepi tasik... Partner injured sebaik sampai penamat.. Kaki kejang... Event di tamatkan di tpt ke 10.. Buleh gak la hadiah saguhati.. Btw total kami kayuh adala dlm 30km+++...

Overall.. Mmg best.... Next kayuh event Interpark Ride New Year Ride... C u all there.. Cheriooosss... 73 n 88...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 18, 2010

Kayuhan Pagi Sabtu

sabtu pagi.. Bgn agak lewat utk kayuhan.. Ada geng roadie ajak join depa round putrajaya.. Tapi tak ikut pun sbb bgn lewat. Pagi tadi kayuh sorang-sorang. Mula dari rumah ikut laluan biasa. Asal ingat nak round P14 ja.. Bila sampai dkt roundbout yg oval tu aku teringat tasik blakang opis.. Paihtu teruih aku kayuh p kesitu. Laluan ikut alamanda.. Masuk ke tasik. Paihtu kayuh kot tepi tasik. Rehat sat kat blakang kompleks C then sambung kayuh sampai kat parking bas blakang kompleks B dan naik ke Dataran Putra. Masuk ke boulevard kayuh sampai bgn PPj (maybank). Rehat lagi kat situ sambil sembang ngan Airell BBS. Lepas tu sambung kayuh ikut laluan persiaran perdana.. N teruih le P14.. Singgah kedai mamak n jumpa plak geng BBS lagi... Lepak sat pekena ayaq segelaih paihtu kayuh blk rumah... Esok sambung kayuh Putrajaya Cycle Hunt ngan Airell BBS..

C u all furthr dwn the log.. 88 & 73
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 17, 2010

Test post from mobile

Hi all.. Just testing post tru mobile... Dunno how it will look like... Pic is my new ride.. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.