Friday, October 30, 2009

Dah balik ke Penang...

Salam semua... aku dah balik ke penang. baru sampai tadi dalam jam 9.30 malam. pegi putrajaya ngan rakan yang sama² dapat pemangkuan n32. amik keta jabatan sekali ngan pilotnya.

Tapi.. aku sangka kena posting keluar... tapi.. tak kemana jugak... dok bawah bumbung tu jugak. Aku redha dengan kehendakNya... rezeki aku masih di situ.

Esok Lapor diri di Pejabat untuk post baru... bahagian mana? unit mana? kita tunggu esok....

Wednesday, October 28, 2009

Promotion....

Hari ni hari terakhir aku kat opis ni. Esok aku mula lapor diri di Putrajaya dan ambil surat penempatan. Dimana?? aku pun tak tau. Harap-harap dapat balik ke Penang. Insya Allah. Sedaq tak sedaq dah 7 tahun aku berkhidmat dengan Negeri Pulau Pinang. Selama 7 Tahun aku dah berkhidmat di 3 Unit yang berbeza dan tempat aku bertugas sekarang nih la yang paling lama. 5 Tahun. Macam-macam pengalaman aku dapat di sini. Dulu tugas aku banyak berinteraksi dengan orang awam. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan sedikit sebanyak membuka mata dan minda aku tentang perlakuan manusia.

Satlagi Jam 12tgh hari aku nak balik rumah siapkan barang2 nak bawa ke Putrajaya. Tadak apa pun cuma persalinan semasa berada disana.

Sekadar mengarut di pagi hari.. jumpa lagi.. cherios...73...