Thursday, December 31, 2009

Huh?? Pasaipa aku hari ni???

Hari ni semacam ja.. macam banyak vitamin M jaa.... keja belambak nk kena buat.. hujung2 tahun ni mcm2 report nak kena siapkan. Rasa macam nak MC. Dada dok sakit... batuk tak hilang2.. ubat batuk dah setengah botoi... Kepala pun berat semacam. Yang dirumah dengan hal dirumah.. pening2.. Takdak masalah yang tak boleh selesai.. Btui dak?? mungkin... Insya Allah akan aku selesaikan masalah yang satu tu.. Rilex... apapun ENJOICE Life While u can...

p/s : Vitamin M - MALAS

Thursday, December 17, 2009

Good Jobs to all the Malayan Tigers Boy

Congrat. that all i want to say. after 20 years... finally u all make it. just a reminder.. dont be to happy... u all need to make more victory... next is world cup ahahah....

Dah abis satu part...

Hari ni dah selesai satu kerja yg dok bertungkus lumus selama 2-3 minggu ni. minggu lepas paling hectic. Kerja sampai malam... dari matahari terbit sampai matahari terbenam. Hari ini selesai dah penilaian benda yang dok pulun tu. Lega sket. Minggu depan akan mula cerita baru. Banyak perancangan dalam penelitian. Kerja takkan abih selagi nyawa tak abih. Jumpa lagi...

73 de jonzcy

Friday, December 11, 2009

Kerja.. Kerja.. Kerja...

Hari ni berkampung dalam bilik editing untuk edit presentation boss. Semua dok pakat pecah kepala design. cut, paste edit mcm-mcm lagi. Dari dok pakai laptop opis.. aku bawa aku punya sendiri hari ni, mcm² yg ada dalam ni yg boleh guna dan nasib baik ada wifi dalam blk ni. bleh dok ngular sket. hehehe. bkn apa, nk pecah kebuntuan bkn nk salah guna. Back to work..

Monday, December 7, 2009

Group Alumni UiTM Merbok di Facebook



Setelah dok mencari group Alumni di facebook dan tidak di temui.. aku mengambil inisiatif untuk create group tu untuk mengumpulkan balik semua x-student/Alumni UiTM Merbok. Klik facebook logo untuk join the group

Saturday, December 5, 2009

Father's Day Care

Hari ni Sabtu, Kena jaga anak hari ni. Wifey kena p opis dia sebab ada tugasan. What a day. Jaga 2 orang buah hati pengarang jangtung aku ni memang memenatkan. Si abang dengan perangai dia. Hari ni satu hari tengok tv mcm2 cerita kartun. Mcm balas dendam weekday yg tak dapat tgk kartun kat rumah babysiter, heheheh. Yang si adik plak, dok meragas merata. Penat woo ligan dia. Skang ni baru leh nak relax sket. Wifey dah balik. Sat lagi nak pi membeli belah barang-barang dapur. harap-harap tak ramai sangat orang kat TESCO.

CU all further down the log... hpe cuagn, 73 de jon

Thursday, December 3, 2009

Gathering Alumni UiTM Merbok 2/2009

Salam to all,

Satu gathering Alumni UiTM Merbok akan diadakan susulan daripada perbincangan pada mesyuarat Alumni UiTM Merbok yang diadakan semasa Alumni Homecoming: Back to Campus yang lalu. Gathering akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 25 Disember 2009
Masa  : (Makan Malam)
Tempat : Plaza Pantai, Kerinchi Kuala Lumpur

Sila buat pengesahan kehadiran dengan menghubungi En Hariz (012-234 2405) untuk memudahkan penempahan meja. Untuk keterangan lanjut, sila Hubungi En. Hariz juga di nombor yang sama. Sekian.

p/s: Saya tidak dapat hadir pada majlis kali ini kerana telah membuat komitmen lain pada tarikh tersebut. Insya Allah, tahun depan akan saya cuba hadir di majlis tersebut jika tidak terikat dengan komitmen yang lain.

jumpa lagi. 73 & 88 de joncy

Friday, November 27, 2009

More Merbok Alumni Pic...

Here some more...










 

 

 

 

 

Tak larat nak taip caption... enjoy the pic.. more to come...

Salam Adil Adha

Salam aidil adha buat semua. Tahun ni family aku buat korban. Sekoq lembu akan dikorbankan selepas solat jumaat hari ni. Kemudian akan diagih-agihkan kepada yang memerlukannya dengan bantuan tok imam kampung aku. Kepada yang memandu balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang  yang tersayang. Jumpa lagi.

Cerios.. 73 & 88.. de Jon

Thursday, November 26, 2009

Some pic from my lense at the Alumni Homcoming : Bacjk to campus


orang kuat Alumni UiTM Merbok


Mamat Macho



Ingatkan nak p kuliah..


 
 Bangunan baru... dulu takdak nih...


 
 Alumni's reunite...

 
 Hostel.. dah tukaq kaler

 
 Bilik pun dah tak sama..dulu 4 orang la nih dah 6 orang...



 Alumni n Juniors...

 
Dok siap nak bersukaneka...

More Pic will be upload later....

Wednesday, November 25, 2009

Joncy Spotted

Gambar  semasa alumni UiTM Kedah Homecoming : Back to Campus dinner yang diambil oleh Azlyn. That's me in the middle.



 Pic Credit to Alumni UiTM Kedah Blog

Monday, November 23, 2009

Alumni UiTM Merbok...




Hujung minggu yang lalu telah diadakan satu perjumpaan Alumni UiTM Merbok buat kali pertama dengan tema Homecoming : Back to Campus. Aku dan beberapa rakan masa mengaji kat UiTM dulu telah bersama-sama memeriahkan program tersebut walaupun kurang mendapat sambutan daripada alumni² yang lain. macam manapun... ini tidak melemahkan para organizer untuk mengadakan lagi perjumpaan para alumni² UiTM Merbok. Pada perjumpaan kali ini juga telah diadakan mesyuarat penubuhan Kelab Alumni UiTM Merbok. Detail mengenai Kelab ini boleh check kat web blog Alumni UiTM Merbok (pada masa entry ini ditulis belum ada update di web tersebut).

Pada mesyuarat tersebut juga telah membincangkan aktiviti² yang akan dijalankan oleh Kelab Alumni. Insya Allah satu lagi majlis makan malam akan diadakan di lembah kelang tak lama lagi untuk memberi peluang kepada rakan2 di lembah kelang yang tidak dapat hadir pada homecoming untuk berjumpa dengan para alumni yang lain disamping mengeratkan perhubungan silaturrahim. Perancangan sedang dibuat oleh rakan-rakan Alumni yang akan mewakili alumni di zon tengah. Jika ada rakan Alumni di lain-lain zon ( selatan, timur, borneo) nak volunteer jadi wakil zon boleh hubungi secretariat Alumni UiTM Merbok di :

Unit Alumni UiTM Kedah
Kampus Sungai Petani, Peti Surat 187
08400 Merbok, Kedah.
No. Telefon : 04 456 2438
faks : 04 456 2256 (u/p : Pn. Azlyn Zawawi)

Untuk gambaq² dari lensa aku.. tunggu... akan datang...

Edited 25/11/2009
p/s :  Sori to all my fren. i haven't upload the pic due to unavoidable circumstances. i will upload it b4 the weekend. thanks you for your patient.

73, jon @ azizul


Thursday, November 5, 2009

Dah dapat penempatan...

Aku dah dapat penempatan. Sekarang di Unit Perancang Ekonomi Negeri. Tapi masih tak dapat final lagi. Kalau ikutkan bos dia nak letak aku kat Unit Pembangunan. Tapi kalau ikutkan kekosongan perjawatan aku sepatutnya di unit R&D. Tapi apapun, aku redha....

Friday, October 30, 2009

Dah balik ke Penang...

Salam semua... aku dah balik ke penang. baru sampai tadi dalam jam 9.30 malam. pegi putrajaya ngan rakan yang sama² dapat pemangkuan n32. amik keta jabatan sekali ngan pilotnya.

Tapi.. aku sangka kena posting keluar... tapi.. tak kemana jugak... dok bawah bumbung tu jugak. Aku redha dengan kehendakNya... rezeki aku masih di situ.

Esok Lapor diri di Pejabat untuk post baru... bahagian mana? unit mana? kita tunggu esok....

Wednesday, October 28, 2009

Promotion....

Hari ni hari terakhir aku kat opis ni. Esok aku mula lapor diri di Putrajaya dan ambil surat penempatan. Dimana?? aku pun tak tau. Harap-harap dapat balik ke Penang. Insya Allah. Sedaq tak sedaq dah 7 tahun aku berkhidmat dengan Negeri Pulau Pinang. Selama 7 Tahun aku dah berkhidmat di 3 Unit yang berbeza dan tempat aku bertugas sekarang nih la yang paling lama. 5 Tahun. Macam-macam pengalaman aku dapat di sini. Dulu tugas aku banyak berinteraksi dengan orang awam. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan sedikit sebanyak membuka mata dan minda aku tentang perlakuan manusia.

Satlagi Jam 12tgh hari aku nak balik rumah siapkan barang2 nak bawa ke Putrajaya. Tadak apa pun cuma persalinan semasa berada disana.

Sekadar mengarut di pagi hari.. jumpa lagi.. cherios...73...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidil Fitri...


(pic from : kad-raya.blogspot.com)
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri dan memohon maaf jika ada salah dan silap, terutamanya semasa posting dalam blog atau mana-mana forum.

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin...

Rgds,

Joncy

Wednesday, September 2, 2009

Demam...

Masuk hari ni dah 2 hari demam. Tapi hari ni dah baik sket. Semalam aku p gak keja. Pastu tak tahan, mintak kat bos nk p klinik. Jumpa doktor teruih dapat 2 hari MC. Doc suruh monitor body temp, kalau naik lebih dari 38°c dia kata kena p balik kat dia or terus p hospital. suspected H1N1... tapi alhamdulillah... semua dah ok.. temp maintain kat 36.5°c - 37°c

Walaupun demam, aku cuba gak puasa. Semalam dapat gak habiskan puasa. lepas bukak puasa baru makan ubat.

Semalam p gak opis siapkan kerja yg aku tinggalkan hari jumaat. Banyak benda nak kena setel, Lepas setel 1-2 benda aku teruih balik. Tak sempat nak check email opis. Hari ni opis call sebab ada satu meeting kecil, depa dok tunggu aku. Sori sebab aku tak tau ada meeting tu. Aku tak tengok email.

Aku nk p tidoq sat.. Satgi nk melayan kopitiam lowyat....

wasalam... 73 & 88...

Wednesday, August 19, 2009

Life lately...

Life has been a bit hectic lately.. work load... family n others stuff in life. Health also not in good condition. luckily not the Flu. my younger daughter also not so well. Been coughing when she asleep. bought her to the clinic and given medication. But still the condition not much improved. Tomorrow is her scheduled visit to the pediatric clinic at HPP due to her heart pinhole. I forgot what they called it. Well, we see bout it tomorrow what the DOC would say. Hopefully thing will be much better.

Life must go on. Ramadan is coming. So i take this opportunity to wish all Muslim "Selamart Menyambut Ramadan" HOpefully this Ramadan will be a better Ramadan for us all where can do more ibadah to Allah.

Till some other time... c u all further down the log... 73 & 88...

Tuesday, July 7, 2009

Updates...

Updates as on 7 July 2009... have not been on my shack lately. however i do got myself a new progamming cable for icom n yaesu ft60r. help a fren to set his icom 2200h then resetting n clear some memory on my v8000 n ft60r.

today 7 July, today i got another year older... hopefully this year will be better life. till some other time.. 73

Wednesday, June 10, 2009

Life lately...

Well lately i seldom active QSO on any repeater ot simplex. Except on 146.550 where i usually ragachew wif local ham. however still not as much as before. Nowadays being busy wif work n family, i hardly grab the mic n work any station on the VHF. well when i got a chance to take the mic n qso i will sure take that opportunity... like last weekend i did make a dx contact with a station in taiping. this is possible maybe due to the antenna that i'm using right now which is the double 5/8 bought from another local ham.

The antenna has been in my store room quite awhile... then i went to a iron workshop to make a boom n joint it wif a satellite dish holder ( ASTRO receiver dish). i havent got time to take the pic yet. later when the mood come then i will post up pic of my new antenna setup.

until then... 73 fm me de 9w2acy

Friday, May 15, 2009

tsting 123

Just testing.. later will up more...