Tuesday, October 2, 2012

UPM MTB FETE

Assalam semua pembaca sekalian... UPM MTB Fete telah tamat.. Jamboree yang menghidangkan pelbagai pengalaman suka dan duka... (mungkin lebih duka dari suka...). Apa pun...aku tak habis pun full trail.. give-up separuh jalan... badan dah tak leh blah dah... Ramai gak yg komen mcm2 kat FB, blog, dan lain2 media sosial... terpulanglah pada pendapat masing-masing... Bagi aku.. ukur baju di badan sendiri... kalau dah tau nak kayuh sejauh 45km offroad/onroad... bawaklah bekalan mencukupi... sediakanlah diri dengan persiapan secukupnya... byk komen ttg air yg tidak mencukupi... makanan tak cukup... aku tak leh nk komen byk.. sbb aku kayuh sampai cp3 dan sambung sampai habis trail offroad dalam ladang MARDI.


Sedikit review dari aku... Jamboree ini bermula di padang kawad UPM. Riders dihidangkan dengan kayuhan tarmac dari UPM ke MARDI. Awal-lagi sudah ada panjatan bukit tarmac, kemudian sedikit menurun menuju ke pintu masuk ke MARDI. Trail offroad bermula dari sini. rider dihidangkan dengan laluan mendaki yang agak panjang.. tetapi kecerunan tidaklah membunuh semangat. Rata-rata rider boleh kayuh, trail pun lebar. kalau masa awal2 mungkin ada traffic jem. memandangkan aku antara yang terkebelakang, laluan dah tak jem dan memudahkan kayuhan.

Rider siput sedang mendaki bukit pertama...
(Gambar ehsan dari FB En. Ahmad Nasir Dari KSCC )

Selepas memanjat yang panjang rider dihidangkan pulak dengan turunan yang mengujakan (  bagi aku la). tapi dalam melayan turunan.. aku lupa... lupa nak cover mata dengan spek mata hitam oakley gred AAA. akibatnya, selut yang berterbangan dari tayar depan telah hinggap ke mata aku... ada black spot plak kat dalam mata. terbantut kayuhan, hilanglah momentum... Dalam dok pedih mata.. aku cuci dengan ayaq dari bladder. Ada hikmahnya aku lupa nak letak garam ORS dalam tu.. kalau tidak.. mau pedih mata basuh dengan ayaq garam ORS. 

Layan gambaq... 

 Tolak..

 kayuh...

raksasa khayalan sedang berehat...

Selepas kawasan di dalam gambar diatas... trail dah lunyai di lanyak rider.. dah jadi unrideable. Semua pakat dok menolak tang ni.. turun tolak.. naik pun tolak... trail dah berlumpur...tayar dah jadi tayar slick. bunga tadak dah... huhhu... aku plak pakai tayar jenis hardpack sah-sah taya jadi bulat.. bunga tayar plak kecik2... kat sini trail kalau kering mmg syok layan turun.... sambil-sambil kayuh aku berenti jugak tolong rider yang sedang mengalami maslah rantai putus.. aku offer missing link.. tapi aku punya missing link utk rantai 9speed, rider tu pakai 10 speed system. nasib baik ada rider yg lalu sedekahkan missing link.. TQ to rider yang naik Santa Cruz Blur... lepas tu datang plak lagi sorang rider naik moto ngan marshal... yg ni lagi parah.. hanger patah terus... lepas tolong apa yang patut aku teruskan sampai CP 3 kat sini dah ada laluan ayam pertama... lepas minum ayaq sebotoi.. pisang sebijik... aku join plak rider2 kental yang nak habiskan trail offroad... tapi laluan mendaki yang agak curam langsung x leh kayuh... laluan tepi highway MEX.

 CP3 - ayaq oi ayaq...











Selepas mendaki kat tpt dlm gambaq tu... ada sket lagi mendaki.. lepas tu dah menurun dah... Masa turun tu trail turun sket ja.. pastu flat ja yg banyak... kat sini masih dalam ladang MARDI lagi... Sampai satu seksyen aku dah tak sempat nak amik gambaq dah.. dok kira nak kayuh balik ke padang kawad jaa... ada satu pickup datang amik rider2 yang krem.. ramai plak rider yg krem... penuh pikap tu.. kalau ada kosong mmg aku naik gak pikup tu heheehe... aku teruskan sampai ke MAEPS... sepanjang trail aku kayuh sorang2... rider ada sorang 2 kat belakang... aku dah tak amik tau dah.. cuaca dah semakin hangat lit lit... sampai kat MAEPS jumpa plak rider sedang amik angin kat pondok tram MAEPS.. pastu sweeper mai sweep rider2 so aku teruskan sampai gate MAEPS pastu belok kiri terus balik ke UPM... dah tak larat nak teruskan... kalau teruskan kui berapa nak kluaq tatau.. so aku ngan satu brader yg lepak kat Pondok tram tu kayuh pelan2 ke padang kawad.  sampai kat finishing... marshal amik keratan utk cabutan bertuah... aku tak bertuah kali ni... :(

Sekian sahaja laporan aku bagi UPM MTB Fete...


3 comments:

  1. Tahniah bro...yg penting selamat sampai..
    Complete CP3 dah layak utk lucky draw ker??Aku complete sampai CP5 pastu tayar bocor 2X...terus give up dan balik rumah...

    ReplyDelete
  2. yes... sampai CP3 dah layak lucky draw... aku mampu kayuh takat tu ja...

    ReplyDelete
  3. Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

    WHATSAPP : +6285921063064
    BBM : SENTA88
    LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

    AGEN POKER TERPERCAYA
    SITUS POKER ONLINE RESMI

    ReplyDelete