Monday, November 23, 2009

Alumni UiTM Merbok...




Hujung minggu yang lalu telah diadakan satu perjumpaan Alumni UiTM Merbok buat kali pertama dengan tema Homecoming : Back to Campus. Aku dan beberapa rakan masa mengaji kat UiTM dulu telah bersama-sama memeriahkan program tersebut walaupun kurang mendapat sambutan daripada alumni² yang lain. macam manapun... ini tidak melemahkan para organizer untuk mengadakan lagi perjumpaan para alumni² UiTM Merbok. Pada perjumpaan kali ini juga telah diadakan mesyuarat penubuhan Kelab Alumni UiTM Merbok. Detail mengenai Kelab ini boleh check kat web blog Alumni UiTM Merbok (pada masa entry ini ditulis belum ada update di web tersebut).

Pada mesyuarat tersebut juga telah membincangkan aktiviti² yang akan dijalankan oleh Kelab Alumni. Insya Allah satu lagi majlis makan malam akan diadakan di lembah kelang tak lama lagi untuk memberi peluang kepada rakan2 di lembah kelang yang tidak dapat hadir pada homecoming untuk berjumpa dengan para alumni yang lain disamping mengeratkan perhubungan silaturrahim. Perancangan sedang dibuat oleh rakan-rakan Alumni yang akan mewakili alumni di zon tengah. Jika ada rakan Alumni di lain-lain zon ( selatan, timur, borneo) nak volunteer jadi wakil zon boleh hubungi secretariat Alumni UiTM Merbok di :

Unit Alumni UiTM Kedah
Kampus Sungai Petani, Peti Surat 187
08400 Merbok, Kedah.
No. Telefon : 04 456 2438
faks : 04 456 2256 (u/p : Pn. Azlyn Zawawi)

Untuk gambaq² dari lensa aku.. tunggu... akan datang...

Edited 25/11/2009
p/s :  Sori to all my fren. i haven't upload the pic due to unavoidable circumstances. i will upload it b4 the weekend. thanks you for your patient.

73, jon @ azizul


No comments:

Post a Comment