Monday, April 23, 2012

Cerita aku di Jamboree MTB Putrajaya


Setelah lama tak join jamboree, tanggal 21/4/2012 aku telah sertai jamboree mtb putrajaya. Itu pun sbb buat kt putrajaya. Hehehehehe... Pada mulanya.. Jamboree ni nampak kurang meyakinkan... Sebab tempoh iklan dgn hari kejadian agak singkat. Gembel aja... Bersama 5 org rider dari Team Siput BBS (3 org daftar official under Team Siput BBS) kami berkayuh di jamboree pertama putrajaya.

 goodies jamboree

rider-rider Team Siput BBS

Peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi (ada yg lagi awal mungkin... ) aku keluaq rumah jam 7 pagi... Hantaq hero p skolah dulu... Kendian terus ke tempat acara di Taman Wetland Putrajaya. Setibanya di tpt kejadian, dah ramai rider yg sedang menyiapkan kelengkapan dan peralatan. Aku dapat parking yg agak selesa. Terus keluarkan Raksasa Khayalan dan siapkan dia utk di tunggang. Periksa bekalan utk kali kedua (semalam dah siapkan awal2). Check kawan riders yg lain lokasi depa utk bagi plet utk kayuh. Selepas semua rider dah dpt plet.. Kami bergerak ke tpt permulaan. Masa tu rider yg lain dah ramai berkumpul. Sambil menunggu pelepasan... Acara sampingan utama diteruskan.. Iaitu acara bergambar. Kebetulan semasa do bergambaq.. Ada plak sekor siput kat celah pokok.. Dah jadi maskot plak.... Hehehehe...

maskot team siput

Acara bermula tpt jam 9pagi.. Melalui taman wetland... Masuk offroad berbatu kerikil ke taman botani... Laluan di taman botani pulak laluan tarmac sehingga ke taman alam rimba melalui jalan utama. Laluan di taman alam rimba beemula melalui laluna tarmac ug ditanda sbg laluan berkuda. Disini laluan mendaki bermula.. Pendakian yg agak mencabar... Tapi time ni aku masih mantain hehehe... Sampai lah laluan menurun (dh).. Tang ni pun tadak masalah lagi.. Selamba jaa turum dgn laju.... Tapi selepas abih dh... Ada climb blk agak curam.. Sepatutnya boleh climb dgn momentum masa dh tadi.. Malangnya.. Ada plak rider berhenti kat cerun tu... Aku x dpt nak elak... Terus brek... Klip plak x mau release.. Jatuh bodo kot tepi kiri... Masuk dlm longkang.... Kaki kiri kejang... Hampir2 black out... Nasib baik ada rider yg tolong.. TERIMA KASIH KEPADA YG MENOLONG... walaupun x kenal... Selepas recover energy (satu tiub hammer nutrition) aku teruskan kayuhan (menolak sebenaqnya hehehe...)

Selepas keluar dari laluan berkuda itu.. trail seterusnya dihidangkan dgn sedikit tarmac... dan laluan tanah merah.. disebabkan hujan yang turun pada hari malam harinya.. laluan tersebut agak lembut dan tayar dah jadi donut. Kat sini trail masih ok.. boleh kayuh... ada sedikit downhill.. layan jugak... tapi masa aku lalu tu... ada rider yg dah kemalangan... rider perempuan dari team Wilayah Kuala Lumpur.. ada medic dan bapak dia (Jakiko, ) disitu..  aku pass tru.. memandangkan aku pun dah terkebelakang agak jauh... kemudian trail dihidangkan dengan pendakian yg agak curam... masa aku di bawah, nampak ramai rider yg sedang menolak.. lepak sat ngan rider KNR Haitsan... sambil tgk rider2 bertungkus lumus melepasi pendakian... aku teruskan pendakian paling menyeksakan sebab trail dah lunyai dan licin... jgnkan nak kayuh.. nak tolak pun susah... sambil2 tu aku tolong satu brader yg mengalami rantai putus.. selepas tu tolong plak lagi satu rider yg mengalami rantai jatuh... aku dah semakin kebelakang... turun dari rimba alam... kembali ke laluan tarmac... menuju ke taman botani kembali... disini aku kayuh dengan beberapa rider lain termasuk rider yg rantai jatuh tadi...

Laluan dari taman botani diteruskan kembali ke laluan taman wetland. disini aku lagi sekali mengalami kekejangan... syukur aku bawa spray utk krem... mula krem di betis... kali ni krem pulak di pangkal peha... kedua2 belah kaki pulak... selepas rehat dalam 5 minit.. aku teruskan kayuhan.. dan pada masa ni aku rasa aku lah rider yg terakhir dalam jambore... Sepanjang kayuhan di wetland.. peha aku krem beberapa kali... apa bila sampai di laluan yang ditenggelami air aku teruskan kayuhan, walaupun peha dah bagi tanda2 nak krem lagi.. aku berjaya harungi 80% laluan air... selepas tu peha aku tak dapat lagi tahan.. krem lagi sekali.. kali ni tak bleh buat apa dah... peha krem dan kaki aku rasa terkunci dah tak bleh kayuh... aku lepaskan basikal... panggil resQ yg dok tunggu kat hujung ayaq.. TERIMA KASIH KEPADA PARA RESQ YG SELAMATKAN AKU.. aku diselamatkan dgn kayak... dan selepas itu.. tamatlah sudah kayuhan aku... aku dah tamau stress kaki aku.. bagi dia rehat laaa.. aku naik 4x4 ke penamat... huhuuh tapi.. dapat la jugak medal.... lepas tu acara cabutan bertuah.. kali ni berkat naik kayak n 4x4.. aku dapat jugak hadiah bertuah.. botoi ayaq XDS heheheh...

ni muka bateri dah abih... kaki dah jem... kremmmm....



raksasa khalayan dah terbaring...

medal dan hadiah bertuah...
 
Secara keseluruhan penganjuran jamboree aku bagi 7/10 ja.. kira ok laa.. sebab.. takdak marshal diletakkan di tempat2 yg berisiko... ramai yg aku denganq tak puas hati pasai ni... marshal yg naik moto pun ada kata depa tak tau trail dah tu depa pun tersangkut sbb trail dah licin...

ok.. itu sahaja review dan pengalaman aku berkayuh jamboree putrajaya... aku rasa.. buat masa ni no more jamboree for me.. sekian...

73,

jonz..

p/s : aku tak bawak kamera.. gambaq-gambaq dari fb kawan2 akan di uploadkan kemudian..